Thursday, April 20, 2006

RENUNGKAN

Cerita ni aku dapat kat dalam satu website...so renung2kanlah...mulanya tak mau letak dalam blog ni..tapi atas cadangan seorang insan yg berfikiran agak jauh itu maka aku pun mengcopy dan pastekan di dalam blog aku ni..dengan harapan dapat dibaca oleh orang ramai...
Renungkanlah....

Beberapa tahun lalu ... pada suatu malam .. jika tidak silap ingatan saya ianya adalah Sabtu malam Ahad kira-kira pukul 9:30 malam ... saya membeli akhbar Sunday Mail di Kedai Seven Eleven. Ketika saya keluar kedai ... di luar pintu saya lihat seorang pemuda bukan Melayu yang kemudiannya memberitahu bahawa dia adalah Australian dan Muslim .. saya lihat sedang merungut-rungut seorang diri.Apabila saya bertanya mengenai masalah yang dihadapinya ... dia dengan wajah sedih bercampur marah memberitahu ... bahawa dalam kedai Seven Eleven ini ada menjual Arak ... dia baru lihat seorang bukan Muslim membeli beberapa botol Arak ... apa yang disedihkannya dan menimbuklan kemarahannya adalah ... pekerja kaunter berkenaan adalah seorang Gadis Muslim!Antaranya dia berkata ... bahawa sebagai Muallaf .. baru memelok Islam beberapa tahun ... pun dia tahu bahawa bekerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak ... kadang-kadang terpaksa pula menyusun botol-botol Arak ... kadang-kadang memasukkan botol-botol arak dalam bag plastik ... ini semua subahat ... dan pendapatannya adalah haram ... dia tidak faham mengapa seorang Gadis Muslim boleh bekerja dalam keadaan sedemikian ... takkan sebagai Gadis Muslim yang memang sudah Islam sejak lahir dan belajar Agama di Sekolah Rendah & SekolahMenengah tidak tahu hukum berkenaan ... di mana kawan-kawannya? Di mana ibu bapa dan sanak saudaranya? Di mana orang-orang Muslim .. tidak adakah sesiapa yang memberitahunya? Kemudian dia memberitahu .. bila dia memaklumkan kepada Gadis Muslim tersebut sebentar tadi ... Gadis tersebut hanya tersenyum sambil berkata "Asalkan saya tak minum tak apalah! Saya terpaksa kerja di Seven Eleven ini kerana terpaksa untuk bantu keluarga!" Ayat itulah yang menyebabkannya berasa begitu sedih dan kecewa ... dan merungut- rungut depan kedai!Dengan nada sedih bercampur marah dia berkata kepada saya "Jika seorang Gadis Muslim dalam negara Muslim sanggup bekerja di Kedai yang menjual Arak .. bagaimana kalau dia berada di negara saya Australia .. sebuah negara Kafir ... penduduknya pun Kafir ... apakah dia akan sanggup pula menjual kehormatannya dengan alasan terpaksa?" Dia menyambung lagi "Saya fikir ada lebih baik dia beli kuali dan jual goreng pisang tepi jalan ... kerja itu jauh lebih mulia dari dia kerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak"! Dia menyambung lagi "Tidakkah dia tahu bahawa Allaah SWT itu ada! Bukankah Allaah SWT yang mengurniakan rezeki! Apakah dia masih belum yakin bahawa Allaah SWT akan sentiasa membantu hamba-hamba yang taat kepadaNya?" Di akhir perbualan kami saling berpesan untuk berdoa semoga Allaah SWT mengurniakan setiap Muslim dan Muslimah kefahaman Agama dan kekuatan untuk beramal dengan Ahkam Agama Islam yang murni ini. Semoga kisah yang pernah saya sendiri lalui ini sedikit sebanyaknya memberi manafaat kepada kita semua.

Masalah yang aku dapati kat sini ialah :
1)girl ni desperate
2)Jati diri takder-ramai melayu tak kuat jatidiri..that y sampai la tak berubah2...
3)budak ni belajar agama tapi tak de penghayatan..
4)apa pendapat korang????..ramai guna alasan nak bantu keluarga untuk mencari rezeki melalui kerja2 yang tak berapa elok ni...pelacur le apa la...

2 comments:

Digitalite said...

aku penah dengar ustaz dalam radio cakap , kalo kita memang dah takde keje lain dan itu keje yg paling hampir dengan keje halal, cntohnya keje operator kilang arak, pemandu lori arak, even potong rumput kat kilang arak (semuanya subahatkan?) dia kene lah kuatkan dalam hati, pasang niat "kalo aku ada peluang tukar keje, insyaAllah aku tukar"

even yg kerja jadi buruh, kene keje kuat, so takleh nak puasa dalam bulan ramadhan kan? itupun ustaz tuh cakap gitu...

so kalo dah desperate, buat jerlah. jangan lah jadik pelacur ke apa tuh dah lain. tuh dah direct tuh. nih sekadar subahat, tapi still kita kalo boleh kene la mengelakkan. kalo dah desperate, camana kan?

Anonymous said...

tapi budak tu dok kat m'sia...tak da yg desperatenye...cuba dia p kerja kat kedai tom yam ke,m'c d ke,kedai jual baju2 ke,kilang ke....ape ke????kakak aku pon dulu pernah dalam situasi macam ni..dah terjual arak dah..pastu setelah mendapat nasihat pelbagai pihak terus dia berenti..peluang berlambak .ada kat mana2.lain le kalau girl tu dok kat negara bukan islam macam org Australia tu cakap....that y le Australian tu sedih sangat.....