Wednesday, February 15, 2006

GOOD NEWS



Wah semalam dapat good news dari housemate aku...Dia dah dilantik jadi Cyber Secretary untuk sorang YB Menteri..Tahniah Izra...cayalah lu...meh aku nak cerita sikit pasal housemate aku ni..Dia ni kan sebenarnya sangat ler baik hati.Aku tak pernah le jumpa manusia baik spesis macam dia....Kerja dia sekarang PKS .Dalam kontrak kerja 5 jam jer.Kalau kerja lebih takleh claim overtime.Toksah mimpi ler nak over2time ni..-kata PKS2 yg lain..bukannye dapat duit..sambong mereka lagi..tapi sahabatku yang baik hati ni takpernah berfikiran macam tu..kerjanya..kerjaaaaaaaaaa je..yang penting ikhlas..start kerja kol 8.30am balik pukol 7.00pm..lebih jam tuuuu..kekadang tu dia pulon kerja sampai sakit2..letih..kesian la aku tengok..tapi aku buat2 tak kesian la..biar dia cekal dan memang dia cekal pon...yang aku tauu lagi..dia ni memang la seorang yang ikhlas.Buat kerja jarang merungut.Buat jer....Kekadang aku geram pasaipa ofis dia tak serap dia jadi permanent staff.Aku pon apa lagi kutuk2 ler opis dia.Tak menghargai jasa ler..buta ler..bodoh ler..nyusahkan diri ler nak train staff baru ler..dia skong dgn komen2 ku itu..tapi dia tetapi think positive dengan apa yang dia buat.Dia kerja kerna responsibility not just 4 money..malam Jumaat lepas kami ada tengok Forum Perdana Hal Ehwal Islam kat TV1.Tajuk nyer pasal pengangguran di kalangan graduan lepasan IPT..Dato' Fadilah Kamsah pesan kalau nak bekerja tak kiralah kita ni kerja apo pon..kerja photostat jer ker..hantar surat jer ker..aper ker..apa yang penting ialah kita perlu buat yang terbaik!!! kerana balasan dari Tuhan nanti tentulah yang terbaik untuk hasil kerja yang baik.Bayangkanlah kalau kamu kerja Pegawai sekalipon kalau wat kerja pon macam melepaskan batuk di tangga..Tuhan nak kasi yang terbaik ke untuk apa yang kamu dah lakukan.????..kata2 Dato' Fadhilah tu sungguh menggembirakan hati housemateku ini dan buat aku lebih tersedar untuk bekerja dengan baik.Pastu aku pasti kawan aku ni akan lebih tekun dan teguh serta yakin dengan pendirian dan cara kerjanya yang sangat ler tak berkira dan ikhlas tu..Tup tup semalam berkat kesabaran dan kerajinan dia yang hampir 3 tahun kerja dengan penoh keikhlasan ni terbalas jua..TaHNIAH..Aku betol2 tersedar dengan hukum karma ini.Buat baik dibalas baik...Tuhan tu mendengar doa makhluknya..dan kawanku ini tak berenti2 berdoa..tak reti putus asa..dan dia telah mendapat ganjarannya.