Tuesday, July 11, 2006

MY PRAY

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa yg telah ku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hambaMu..
Kau tunjukkanlah Jalan yg betul kepadaku didunia ini..
Supaya aku tidak mengahadapi azabMu di akhirat kelak
Kerana aku sangat takut menghadapinya..
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah ...sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku hamba yang diredhai
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi hambaMu yang terbaik
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi hamba yang dirahmati
Hamba yang dikasihi
Hamba yang soleha
Hamba yang sentiasa diredhai Penciptanya.

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..