Wednesday, July 19, 2006

ANOTHER MY FIRST TIME


13TH jULY-17 July hari tu aku menghilangkan diri ke Kem BTN Bukit Sagu Kuantan..Dari rumah aku ambik ERL pastu seret beg2 aku yang berat tu naik STAR lrt plak...seret2 lagi sampai Pudu naik kejang ketiak aku dok membawa beg tu...bawa baju macam nak dok 2 minggu walhal kursus 5 hari jee...akibatnya ada setengah beg baju yang aku tak sentuh langsung kat sana..padan muka aku..naik bus transnasional yg tak best sangat tu..sebelah aku seorang indon yang baru balik dari buat ic kat Putrajaya..Pak Cik indon ni dah dapat kerakyatan tetap..aku tanya dah berapa lama dok kat Malaysia ni???dia tak tau nak cakap sebab dah terlalu lama...ke dia tak tau kira???tapi muka dia tak macam indon nampak macam Bangla...tapi aku sure dia seorang Indon berdasarkan percakapanya itu..Sampai je kat Kuantan dah ada orang tunggu..gi jalan2 p Telok Chempedak dulu..pastu singgah rumah akak yang jemput aku ni..main2 dengan anak dia..isk...bila la aku nak ada anak ni???ehehhehee......

PAstu teerus ke Bukit Sagu..aku orang last sampai kat sana..disebabkan kelewatan tu maka aku tak dapat roomate...tarahal..aku sedapkan hati aku.."mungkin ada insan lain yang sejantina denganku yang belom mendaftarkan diri beliau...takpa2 tunggu..."kata aku dalam hati...tunggu punya tunggu haram takder....aisehhh macam na ni..time gi makan terjumpa kawan aku....cisss rupanya dia dok sebelah bilik aku jer...so aku ajak je dia pindah ke bilik aku...heheheheheh...senang je...settle masalah aku...aku sebenarnya tak kesah tidor seseorang..namun disebabkan aku takot kat tengah2 hutan ni banyak makhluk Tuhan dari pelbagai jeniss..betllah tekaan aku..malam 1st aku kat sana dah kena test..tapi bukan aku laa roomate aku..aku tidor mampus macamna nak kena...tetiba jer pintu almari pakaian aku dan kawan aku terbuka serentak...tapi kawan aku ni ngantok nya mengatasi ketakutan dia buat bodo jeee tido lagi best..lepas tu malam2 berikutnya tak der pepe dah..mana taknya aku dan kawan aku ni tidor mampusss...

hari2 berikotnya aku bangun awal kol 5 pagi nak mandi gi jemaah suboh dengar tazkirah tapi haram tak dengar pon bukan sebab aku tidor tapi sound sistem tak bagus..bergaung jeee...tapi masa hari last tu baru aku perasan kalau aku dok kat bilik clear je dengar...cisssss...lepas solat riadah..ada ujian stamina untuk tentukan umur biologi...macam2 la kena buat..pumping la,fireman wall la..balancing la..pusing2 bagi pening pastu jalan...kira denyut nadi la..tahan napas la..macam2 lahh..yang tak tahanya lari 2km...masa lari tak rasa pa....dah malam tu macam2 rasa..jalan pon terkangkang2 ..klakar jer rasa...nak solat pon susah...

BTN ni buka minda dan mematangkan fikiran aku terhadap kepimpinan dalam negara ni...malas nak cerita aku..korang sokong je lah kerajaan...jangan main kutuk je .Kita hanya tau kulitnya.kejadian sebenar kita tak tau...negara kita diserang oleh Yahudi tanpa kita sedar..pecayalah..diorang guna macam2 cara...Brader PIzli yang aku citer kat YM tu sebahagian je..banyak lagi sebenarnya...risau jugak aku bila fikir2 hal macam ni...So aku seru kat korang sayangi la Malaysia...dapat ke kita kekalkan kemerdekaan kita setelah selama 446 tahun kita dijajah?????..nak dapat kemerdekaan tu kita terpaksa setuju share negara kita dengan bangsa yang pada mulanya nak menumpang cari rezeki kat sini je...patu hasilnya diorang plak yang lebih kaya dari kita tuan asal punya tanah..cuba korang bayangkan..dah le asyik kena buli dgn Singapore je...nyampah tol aku...

Aku dulu pon tak berapa kisah dan slalu kutuk menteri2 dll...tapi after dapat maklumat yang sebenar baru kau buka mata...benar lah...bukan senang nak jadi pemimpin..
Aku tak sangka naik suka kat kursus ni...susah aku nak cakap kursus best..tapi kali ni memang best...mula pergi aku langsung tak dak mood...kemudian rasa macam nak suruh diorang sambung lagi.....

So...CINTAILAH MALAYSIA.....iskk..macam tak kena dengan tajuk jer

Wednesday, July 12, 2006

CAKAP BANYAK

Kepala aku sakit..sakit sangat2...masalah terpendam la..pacarku dah ingat aku tak nak dia lagi la..berdepan orang yang cakap banyak la...cakap banyak dah 1 hal pastu cakap2 beliau ada berbaur hasutan dan fitnah dok reka2 cerita laa..kang ada yang salah paham mampus aku..aku sakit kepala dan meluat teramat dengan orang spesis ni....HELP ME!!!!!!

Tuesday, July 11, 2006

MY PRAY

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa yg telah ku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hambaMu..
Kau tunjukkanlah Jalan yg betul kepadaku didunia ini..
Supaya aku tidak mengahadapi azabMu di akhirat kelak
Kerana aku sangat takut menghadapinya..
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah ...sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku hamba yang diredhai
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi hambaMu yang terbaik
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi hamba yang dirahmati
Hamba yang dikasihi
Hamba yang soleha
Hamba yang sentiasa diredhai Penciptanya.

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, July 06, 2006

BANYAK KERJA LAH...

Aku dah lama tak memblog sebab:
1.Malas nak memblog tapi suka baca blog orang
2.Pergi Kursus (nanti ada kursus lagi..cemuih aku p kursus..)
3.Tak ada masa

Esok kakak dan adik aku nak mai..cousin aku pon nak mai jugak siap buat permintaan suruh buat laksa...aku tak kesah la semua tu asalkan ada ole2 dari kampung...Aku dah pesan siap2 suruh bawa buah moktan+manggih+durian(kalau diorang berani laaaaa)...adik aku ok jeee..."boleh2"kata beliau melalui sms semalam..pasru dia sambung lagi, " tapi moktan tu aku kupas bleh tak????tak larat nak bawa sekali kulit beratttt"..emm..ok lah asal aku dapat makan moktan dari pokok rumah aku tu...moktan dari pokok sendiri dengan moktan beli lain rasanya..hahahha..nikmat nya tak sama..nak2 bawah pokok moktan tu ada buaian gantong...sambil landing2 kat buaian tu tangan petik moktan yang tergantung2...nak lagi best tak payah petik..terus je makan..tak payah petik..adik aku slalu buat macam tu..redha je la...benda2 macam tu la yang buat hati aku meronta2 nak balik kampung..tapi apakan daya minggu depan ada kursus lagi...musim buah plak nak habis dah...kang tak pergi kursus lambat plak aku nak confirm jawatan ni...pergi je lah.