Friday, January 26, 2007

KENAPA HATI AKU SAKIT SANGAT????

Hari ni hari Jumaat.Hari yang amat mulia bagi seluruh umat Islam.HAri ni kita disunatkan banyak - banyak berzikir dan membuat kebaikan.Sebab ganjarannya banyak.Tapi benarlah kata pepatah "Kita yang merancang tetapi Tuhan yang menentukan".Pagi -pagi lagi aku dah hot dengan seseorang ni..Hot betol..Seriously ..i really really hate her.. I try hard to keep alot of smile on my pretty face..but everytime i think about her i can feel my body turn to green colour..I hate that person..really really hate her...Bilalah aku dapat sembahyang dengan jiwa dan hati yang bersih..hati yang wangi yang dapat menandingi bau nanah berulat bewarna hijau,hati yang busuk macam bangkai,yang yang banyak titik-titik hitam diatas dan di dasarnya..Bila lah aku nak dapat menghindari semua ni..????
Dan benarlah sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Dia utuskan email (orang lah yang kasi email kat aku tu...tapi ada hikmah disebaliknya lah.Tuhan beri petunjuk melalui email tu-penawar sakit hati aku nihhh)..Ada la sedikit sebanyak yang bisa menawar hati aku yang tawar ni...

Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
.........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya
Harap-harap hati aku kuat untuk membuat andaian yang buruk-buruk.Harap-harap aku jadi orang yang paling ikhlas di alam maya ni.Harap-harap aku dapat jadi kawan yang baik..mampu menegur dengan baik..bukan jeling tajam dan berkata dalam hati "lantak kau lah sial!!!"