Thursday, April 06, 2006

SISIPAN


Akhirnya setelah beberapa hari merana ...dapat jugak aku membaca email dan post entry ni..Masalah skit la kat sini...Apa aku nak tulis ek?? idea dah hilang le...Oleh itu ku sertakan sisipan je kat sini.Semoga jadi panduan untuk kita bersama.


Assalammualaikum…..

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Oh ya,hari Isnin yang lepas bersamaan 04.04.2006 genablah 12 tahun Izzudin Shazli (my big bro) pergi menghadap Yang Kuasa.Aku masih lagi rindukan arwah...walaupon tempoh aku mengenali dia hanya 11 tahun tetapi segala pengalaman dengan arwah tak dapat aku lupakan. Paling best kenangan terkekeh kekeh kat bawah pokok jambu air di depan jamban rumah aku..Hahahhaha