Friday, June 08, 2007

tOLONGLAH

Aku tak tau macam nak cerita..tapi aku betul-betul 'sakit'...Nak cerita tapi tak tahu macam mana nak mula..Aku diamkan sajalah.Tak tahu macam mana nak luah.Buntu..Sakit hati..geram..menyesal?????no..no way...aku kena kuat..

Friday, June 01, 2007

DAH 2 TAHUN RUPANYA

Hari ni,Jumaat bersamaan 1 Jun 2007 genaplah 2 tahun aku menjadi penjawat awam.Cepat sungguh masa berlalu dan Alhamdulillah....hasil titik peluh selama 2 tahun ni 'nampak' lah juga.PTPTN sedang dibayar,kereta dah beli,insurans dah ada,dan yang paling penting sekali aku hidupku ini completely ditanggung oleh diri sendiri.Part yang paling aku suka bila mak cakap duit yang aku bagi every months tu dia simpan dalam tabung haji untuk dia dan bapak aku.Dah lama dah mak aku teringin nak pi sana.Tiap kali time haji boleh nampak la air wajah dia yang rindukan lambaian Kaabah.Kesian kat mak dan bapak aku.Asyik kerja je.Bapak aku tu sepatutnya dah tak payah gi motong gotah dah.Mak aku tu tak payah dah buat kuih jual.Tapi memang mak aku takleh berhenti buat kuih la.Aku suruh berhenti dia tak mau.Mak cakap dia puas tengok orang makan kuih dia.Dulu ya jika aku kata dia buat kuih untuk cari income.Tapi sekarang lebih kepada kepuasan peribadi..Macam-macam kuih mak buat.Paling sedap cucoq badak,donut,onde-onde, n etc.Tapi kalau time bulan puasa ja aku suka paksa mak buat mertabak n karipap.Laksa mak tak payah cakap la.Tip top punya..

Hmm dah setengah tahun dah..hopefuly masih banyak perkara baik yang bakal aku terima dan hadapi.Semoga aku jumpa dengan lelaki yang betul-betul menghargai aku.Semoga rezeki aku lebih murah.Semoga aku cepat-cepat sah jawatan pastu lulus PTK n ambil plak exam untuk naik pangkat ke jawatan PPTM.Dulu PPSM..Semoga parents aku sihat sejahtera.Semoga family aku lebih maju..dan semoga adik-adik aku cemerlang dalam exam.Semoga kakak aku bertemu jodoh dan dapat jawatan tetap.Semoga abang aku naik pangkat.Semoga segala-galanya berjalan dengan lancar..semoga kawan-kawanku sihat sejahtera
..Amin amin ya rabbalalamin.