Wednesday, August 22, 2007

Aku bukannya tak pernah hantar posts sebelum2 ni.akan tetapi line schoolnet tak mengijinkan.sebab asyik kena block je..dah karang berjela bagai semua cerita masuk tup tup hilang time aku nak publish..tu yang aku malas tu.banyak cerita yang nak diberitakan kepada semua..
Sekarang cuti sekolah so boleh la aku bermalas-malasan dan surf intenet 24 jam.Aku malas.Esok aku kena jadi pengawas PTK.Ni exam untuk naik tangga gaji.Bukan mudah nak lulus tau...Ada tu yang dah nak pencen pon tak lulus-lulus lagi...Yang bestna aku dapat claim yang lumayan..Hehehehehe..
MAlam Sabtu hari tu aku gi tengok bunga api.TEam MAlaysia main..tak cantik sangat.Boleh la tahan..mengantok je aku tengok..Penat drive sebab jam kat roundabout besar tu..Aku dapat agak minyak aku terbazir sebanyak rm10 dalam jam tu.lama gila.Dalam ketensionan jam tu tiba kereta belakang aku excident..Kereta baru lagi.Kena sondol.NAsib baik tak sondol aku sekali.KAlau tak kecoh la mulut aku 1 Putrajaya.Ni yang aku malas nak tulis blog..time aku bleh login idea plak takde..
29 Ogos nanti aku balik kampung.Lubok Merbau terchenta...NAik Kelisa..BApa dah tak sabar tunggu aku balik dengan kereta sendiri.hehehehehe.MAlas la aku nak tulis lagi..keyboard notebook ni macam haram