Thursday, April 20, 2006

Radja - Aku Ada Karena Kau Ada

cinta adalah anugerah yang kuasa
yang bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak bererti hidupku
bila tak ada dirimu
andai ku bisa akan ku balas
semua yang pernah engkau berikan
trima kasih dariku
atas ketulusan mu menyayangi diriku

# chorus:
aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya

#ulang chorus
andai ku bisa akan ku balas
semua yang pernah engkau berikan
trima kasih dariku atas ketulusan mu menyayangi diriku

...........ulang chorus 3x


hari ni kat 10 kali aku ulang lagu ni..best siotttt.....so aku tujukan lagu ni kan parents aku..sebab aku lahir dari cinta sakti mereka...hahahhaha....
nak tuju kat pakwe, tapi rasa macam tak tepat..kat parents la lebih sesuai...

e eh..hari ni saya hantar 2 entry...sungguh rajin saya yeee

RENUNGKAN

Cerita ni aku dapat kat dalam satu website...so renung2kanlah...mulanya tak mau letak dalam blog ni..tapi atas cadangan seorang insan yg berfikiran agak jauh itu maka aku pun mengcopy dan pastekan di dalam blog aku ni..dengan harapan dapat dibaca oleh orang ramai...
Renungkanlah....

Beberapa tahun lalu ... pada suatu malam .. jika tidak silap ingatan saya ianya adalah Sabtu malam Ahad kira-kira pukul 9:30 malam ... saya membeli akhbar Sunday Mail di Kedai Seven Eleven. Ketika saya keluar kedai ... di luar pintu saya lihat seorang pemuda bukan Melayu yang kemudiannya memberitahu bahawa dia adalah Australian dan Muslim .. saya lihat sedang merungut-rungut seorang diri.Apabila saya bertanya mengenai masalah yang dihadapinya ... dia dengan wajah sedih bercampur marah memberitahu ... bahawa dalam kedai Seven Eleven ini ada menjual Arak ... dia baru lihat seorang bukan Muslim membeli beberapa botol Arak ... apa yang disedihkannya dan menimbuklan kemarahannya adalah ... pekerja kaunter berkenaan adalah seorang Gadis Muslim!Antaranya dia berkata ... bahawa sebagai Muallaf .. baru memelok Islam beberapa tahun ... pun dia tahu bahawa bekerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak ... kadang-kadang terpaksa pula menyusun botol-botol Arak ... kadang-kadang memasukkan botol-botol arak dalam bag plastik ... ini semua subahat ... dan pendapatannya adalah haram ... dia tidak faham mengapa seorang Gadis Muslim boleh bekerja dalam keadaan sedemikian ... takkan sebagai Gadis Muslim yang memang sudah Islam sejak lahir dan belajar Agama di Sekolah Rendah & SekolahMenengah tidak tahu hukum berkenaan ... di mana kawan-kawannya? Di mana ibu bapa dan sanak saudaranya? Di mana orang-orang Muslim .. tidak adakah sesiapa yang memberitahunya? Kemudian dia memberitahu .. bila dia memaklumkan kepada Gadis Muslim tersebut sebentar tadi ... Gadis tersebut hanya tersenyum sambil berkata "Asalkan saya tak minum tak apalah! Saya terpaksa kerja di Seven Eleven ini kerana terpaksa untuk bantu keluarga!" Ayat itulah yang menyebabkannya berasa begitu sedih dan kecewa ... dan merungut- rungut depan kedai!Dengan nada sedih bercampur marah dia berkata kepada saya "Jika seorang Gadis Muslim dalam negara Muslim sanggup bekerja di Kedai yang menjual Arak .. bagaimana kalau dia berada di negara saya Australia .. sebuah negara Kafir ... penduduknya pun Kafir ... apakah dia akan sanggup pula menjual kehormatannya dengan alasan terpaksa?" Dia menyambung lagi "Saya fikir ada lebih baik dia beli kuali dan jual goreng pisang tepi jalan ... kerja itu jauh lebih mulia dari dia kerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak"! Dia menyambung lagi "Tidakkah dia tahu bahawa Allaah SWT itu ada! Bukankah Allaah SWT yang mengurniakan rezeki! Apakah dia masih belum yakin bahawa Allaah SWT akan sentiasa membantu hamba-hamba yang taat kepadaNya?" Di akhir perbualan kami saling berpesan untuk berdoa semoga Allaah SWT mengurniakan setiap Muslim dan Muslimah kefahaman Agama dan kekuatan untuk beramal dengan Ahkam Agama Islam yang murni ini. Semoga kisah yang pernah saya sendiri lalui ini sedikit sebanyaknya memberi manafaat kepada kita semua.

Masalah yang aku dapati kat sini ialah :
1)girl ni desperate
2)Jati diri takder-ramai melayu tak kuat jatidiri..that y sampai la tak berubah2...
3)budak ni belajar agama tapi tak de penghayatan..
4)apa pendapat korang????..ramai guna alasan nak bantu keluarga untuk mencari rezeki melalui kerja2 yang tak berapa elok ni...pelacur le apa la...