Friday, January 19, 2007

Renungan

LAst Tuesday ada la seorang waris ni datang,sekali tengok macam bapa aku..tengok lagi...eh kat mana yag sama .tak sama pun...Tengok lagi..tiba-tiba ada seorang cikgu datang dan sembang dengan pak cik ni.Aku plak kebetulan buat kerja dekat dengan tempat diorang sembang.So dengarlah perbualan yang buat aku sebak sangat..NAk menitis air mata aku sebab ada getar dalam rayuan dia tu.Ada anak empat .Semua sekolah lagi..Gaji pak cik ni plak tak da la besar sangat..Tiap-tiap tahun dia isi form bantuan buku teks.Tapi satu pun tak dapat.Dia merayu..Mula-mula nada suara dia perlahan saja..lama-lama makin cepat n terdesak campur sebak dan air mata dia macam dah nak keluar.Aku tengok dengan ekor mata.. korang pun tahu kanmacam na keadaan bila dah terdesak,duit tak ada,anak pulak nak belajar tak ada buku..tentulah Pak Cik tu tak tidur malam dok fikir hal tu..Kesian sangat-sangat.Bayangkan seorang ayah pergi sekolah merayu-rayu kat Cikgu supaya luluskan pinjaman buku teks kat anak dia.Kalau anak dia tengok kejadian tu,aku sure mesti nangis dan akan ingat sampai bila-bila detik pak dia menebalkan muka buat rayuan macam tu..sedih sangat..Aku terus stop kerja kat situ dan beredar ke tempat lain.Takut air mata tumpah kat situ..Cuba lupakan peristiwa tu.Tapi aku asyik teringat juga.Aku just harap ada tindakan susulan.

Sebenarnya aku geram sangat sebab sepatutnya hanya anak orang yang betul-betul susah je yang dapat buku teks ni.Tapi ada jugak kes yang bapak dan mak gaji tebal tiba-tiba dapat buku teks.Ada lagi kejadian nak pinjam buku teks yang aku tengok depan mata.Tapi ni versi kena kutuk lepas dia balik.HAhaha..Ada la sorang hamba Allah ni mengaku Penolong Pengarah kat Kementerian Pelajaran Malaysia datang marah-marah kerani kat ofis aku sebab anak dia tak dapat buku teks.Bukan tak dapat.Actually nak isi borang pinjaman buku teks pun dia tak layak.Ya lah..sedar la diri sikit,tak malu ke datang kat sekolah marah-marah,cakap kasar pastu mengaku jadi Penolong Pengarah tiba-tiba mintak bantuan buku teks.Hoi tak malu ke?????Bodoh punya orang.PAstu bila tak puas hati cakap nak jumpa Pengetua.Kebetulan Pengetua dan semua pentakbir tak ada.Bengang la hamba Allah sorang ni.PAstu kita nak panggil Ketua Bidang dia tak nak.KAtanya tak layak dengan pangkatnya yang 'besar' tu..Bila di rujuk balik rupanya dia ni hanya berpangkat DG41 berbanding Ketua Bidang kat sekolah aku ni yang berpangkat DG45.Cakap besar ...Pirahhhh..pastu siap mengaku datang sekolah sambil nak buat pemantauan..kerani aku tanya mana konco-konco yang lain?Takkan nak pantau sorang diri...Pastu bila kitaorang kasi buku pelawat suruh dia isi nampak gabra plak..Kesian kat hamba Allah tu..dah la sombong tak bertempat..bodoh plak tu.NAk gertak pun agak-agak la..

Pastu good news semalam aku terbaca surat untuk Pengetua-pengetua seluruh sekolah di Putrajaya dan Cyberjaya akan bermesyuarat tentang penyelarasan buku teks termasuklah topik kelayakan meminjam buku teks.Aku harap lepas ni tak akan terjadi lagi kejadian seperti Pak cik yang sekali tengok macam bapak aku,2 kali tengok tak semacam pulak tu..Sebenarnya bila aku fikir balik pak cik tu dengan bapak aku sama dari segi ketinggian dan ila tengok mata dia nampak macam dia banyak masalah....banyak perkara yang difikir..aagaknya tentang masa depan anak dia...