Wednesday, April 26, 2006

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



TAkutnya aku..adakah solat aku akan dilempar seperti 1 bgkusan kain tebal yang buruk ke muka aku???Perasan tak kebanyakan perkara2 itu ditujukan kepada kaum lelaki...sebab lelaki tu pemimpin..that y lelaki perlu ada ciri2 pemimpin dan soleh supaya dapat memimpin isteri,family dan org disekelilingnya..Tapi kebanyakan lelaki zaman sekarang haprak...tak leh pakai..tapi saya sentiasa optimis..ada lagi lelaki yang ok dan soleh di luar sana.dan saya mencari lelaki yang seperti itu..Amin...
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



TAkutnya aku..adakah solat aku akan dilempar seperti 1 bgkusan kain tebal yang buruk ke muka aku???Perasan tak kebanyakan perkara2 itu ditujukan kepada kaum lelaki...sebab lelaki tu pemimpin..that y lelaki perlu ada ciri2 pemimpin dan soleh supaya dapat memimpin isteri,family dan org disekelilingnya..Tapi kebanyakan lelaki zaman sekarang haprak...tak leh pakai..tapi saya sentiasa optimis..ada lagi lelaki yang ok dan soleh di luar sana.dan saya mencari lelaki yang seperti itu..Amin...

Thursday, April 20, 2006

Radja - Aku Ada Karena Kau Ada

cinta adalah anugerah yang kuasa
yang bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak bererti hidupku
bila tak ada dirimu
andai ku bisa akan ku balas
semua yang pernah engkau berikan
trima kasih dariku
atas ketulusan mu menyayangi diriku

# chorus:
aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya

#ulang chorus
andai ku bisa akan ku balas
semua yang pernah engkau berikan
trima kasih dariku atas ketulusan mu menyayangi diriku

...........ulang chorus 3x


hari ni kat 10 kali aku ulang lagu ni..best siotttt.....so aku tujukan lagu ni kan parents aku..sebab aku lahir dari cinta sakti mereka...hahahhaha....
nak tuju kat pakwe, tapi rasa macam tak tepat..kat parents la lebih sesuai...

e eh..hari ni saya hantar 2 entry...sungguh rajin saya yeee

RENUNGKAN

Cerita ni aku dapat kat dalam satu website...so renung2kanlah...mulanya tak mau letak dalam blog ni..tapi atas cadangan seorang insan yg berfikiran agak jauh itu maka aku pun mengcopy dan pastekan di dalam blog aku ni..dengan harapan dapat dibaca oleh orang ramai...
Renungkanlah....

Beberapa tahun lalu ... pada suatu malam .. jika tidak silap ingatan saya ianya adalah Sabtu malam Ahad kira-kira pukul 9:30 malam ... saya membeli akhbar Sunday Mail di Kedai Seven Eleven. Ketika saya keluar kedai ... di luar pintu saya lihat seorang pemuda bukan Melayu yang kemudiannya memberitahu bahawa dia adalah Australian dan Muslim .. saya lihat sedang merungut-rungut seorang diri.Apabila saya bertanya mengenai masalah yang dihadapinya ... dia dengan wajah sedih bercampur marah memberitahu ... bahawa dalam kedai Seven Eleven ini ada menjual Arak ... dia baru lihat seorang bukan Muslim membeli beberapa botol Arak ... apa yang disedihkannya dan menimbuklan kemarahannya adalah ... pekerja kaunter berkenaan adalah seorang Gadis Muslim!Antaranya dia berkata ... bahawa sebagai Muallaf .. baru memelok Islam beberapa tahun ... pun dia tahu bahawa bekerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak ... kadang-kadang terpaksa pula menyusun botol-botol Arak ... kadang-kadang memasukkan botol-botol arak dalam bag plastik ... ini semua subahat ... dan pendapatannya adalah haram ... dia tidak faham mengapa seorang Gadis Muslim boleh bekerja dalam keadaan sedemikian ... takkan sebagai Gadis Muslim yang memang sudah Islam sejak lahir dan belajar Agama di Sekolah Rendah & SekolahMenengah tidak tahu hukum berkenaan ... di mana kawan-kawannya? Di mana ibu bapa dan sanak saudaranya? Di mana orang-orang Muslim .. tidak adakah sesiapa yang memberitahunya? Kemudian dia memberitahu .. bila dia memaklumkan kepada Gadis Muslim tersebut sebentar tadi ... Gadis tersebut hanya tersenyum sambil berkata "Asalkan saya tak minum tak apalah! Saya terpaksa kerja di Seven Eleven ini kerana terpaksa untuk bantu keluarga!" Ayat itulah yang menyebabkannya berasa begitu sedih dan kecewa ... dan merungut- rungut depan kedai!Dengan nada sedih bercampur marah dia berkata kepada saya "Jika seorang Gadis Muslim dalam negara Muslim sanggup bekerja di Kedai yang menjual Arak .. bagaimana kalau dia berada di negara saya Australia .. sebuah negara Kafir ... penduduknya pun Kafir ... apakah dia akan sanggup pula menjual kehormatannya dengan alasan terpaksa?" Dia menyambung lagi "Saya fikir ada lebih baik dia beli kuali dan jual goreng pisang tepi jalan ... kerja itu jauh lebih mulia dari dia kerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak"! Dia menyambung lagi "Tidakkah dia tahu bahawa Allaah SWT itu ada! Bukankah Allaah SWT yang mengurniakan rezeki! Apakah dia masih belum yakin bahawa Allaah SWT akan sentiasa membantu hamba-hamba yang taat kepadaNya?" Di akhir perbualan kami saling berpesan untuk berdoa semoga Allaah SWT mengurniakan setiap Muslim dan Muslimah kefahaman Agama dan kekuatan untuk beramal dengan Ahkam Agama Islam yang murni ini. Semoga kisah yang pernah saya sendiri lalui ini sedikit sebanyaknya memberi manafaat kepada kita semua.

Masalah yang aku dapati kat sini ialah :
1)girl ni desperate
2)Jati diri takder-ramai melayu tak kuat jatidiri..that y sampai la tak berubah2...
3)budak ni belajar agama tapi tak de penghayatan..
4)apa pendapat korang????..ramai guna alasan nak bantu keluarga untuk mencari rezeki melalui kerja2 yang tak berapa elok ni...pelacur le apa la...

Wednesday, April 19, 2006

RAHSIA AIR



AIR DAN NIAT

Air sebenarnaya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.
Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai ‘signal’ yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya. Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air daengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat



Rahsia kehebatan air sembahyang

Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau wudhu’ sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wudhu’ dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wudhu memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhu dan mandi..

Tuesday, April 18, 2006

GOOD NEWS

Hari ni aku dapat 2 good news dari kawan2 lama..Dah nak kahwin dh diorang ni...masing2 call suruh gi kenduri kahwin diorang..Cepat betol jodoh diorang..

1.00pm
Atan:Siti, mai rumah aku bulan 8 ni.
Aku: Awatnya????
Atan:Aku dah nak kawen..Mai tau..
Aku: What???dengan sapa?hang kata nak kawen lepas aku kawen..pastu aku ada 2 anak nak masuk 3 baru hang nak kawen..tu hang yang kata kan????hang ingat tak lagi???hang tipu eh????cakap la betoi2..oit ngan sapa????
Atan: betoi....aku tak tipu...
bla..bla...bla..blaaa
Aku: okehhhh...aku pi.....
(pastu dah tak leh nak sambung..bateri hp dia kong)...
boleh percaya ka mamat ni?Iskkk..Anyway..wish him happy ever after...kawan baik aku nih...percaya sangat kat aku..terharu je rasa...dah nak kawen rupanya hang Atan...

1.10pm
Hawa :Besan ,I dah nak bertunang..tapi tak payah ler datang di hari bersejarah tu...kih3
Aku : Ha.???????...:(
Hawa : Sebab i buat kecil2an je..u datang bulan 11 nanti...kih3
Aku : What???? Wah..so fast ek...berapa lama dah kenal.???
Hawa : 3 month...kih3
Aku : Hehhehe...ok la tu...kalau dah ok bagi u, ok jugak la bagi i...kih3...
Hawa : DAtang tau besan!!!!! i bagi kad yang paling wangiiiii untuk u..datang tauuu
Aku: Wokey..mesti punya...besan nak kawen..mesti kena p punya lah...

Perghhhh...terharu aku..mereka ni antara kawan baik aku..dah nak berkahwin yer...Semoga berbahagia le.Aku?????..setelah pikir panjang dan mengambil kira hal2 lain..aku dan dia setuju nak kahwin 4 tahun lagi...hooooreyyyyyy......nasib baik lambat lagi..banyak planning dalam kepala sebenarnya..tapi aku tak dapat rasa macam dia ni jodoh aku punn....hati aku kosong jer..'kimia' antara aku dan dia pon tak kuat...dia tak call atau mesej pon aku tak kesah....nape ye??mungkin baru kenal...

Thursday, April 13, 2006


Apa korang buat pada 12 Rabiulawal 1427 hari tu???tanya korang plak..aku ni ha...pada hari yang mulia tersebut pergi tengok wayang cite ice age2..best la jugak..sengal perut bergelak ketawa..pergi dengan brader yang caring aku dari atas bawah tu....hikhikhik ( gelak merenyam lagi..)..isk apa nak jadi pada aku ni..

Anyway kita mesti mencintai Rasullullah everyday kan???yang pastinya pada hari tu aku telah tingkatkan jumlah selawat aku pada Baginda..Alhamdullillah..korang plak macam ne???

Friday, April 07, 2006

AIR MATA WANITA


Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu " "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."
Perghh...aku suka ayat di atas..beautiful..

Thursday, April 06, 2006

SISIPAN


Akhirnya setelah beberapa hari merana ...dapat jugak aku membaca email dan post entry ni..Masalah skit la kat sini...Apa aku nak tulis ek?? idea dah hilang le...Oleh itu ku sertakan sisipan je kat sini.Semoga jadi panduan untuk kita bersama.


Assalammualaikum…..

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Oh ya,hari Isnin yang lepas bersamaan 04.04.2006 genablah 12 tahun Izzudin Shazli (my big bro) pergi menghadap Yang Kuasa.Aku masih lagi rindukan arwah...walaupon tempoh aku mengenali dia hanya 11 tahun tetapi segala pengalaman dengan arwah tak dapat aku lupakan. Paling best kenangan terkekeh kekeh kat bawah pokok jambu air di depan jamban rumah aku..Hahahhaha