Wednesday, December 13, 2006

SERIOUSLY BORING


Boring gila hari ni tak tau nak buat pa dah.Nasib baik mamu call suruh bayar bil Astro.Ada gak kerja.Pastu tak de kerja plak..Semalam kena marah dengan boyfriend sebab kacau dia study..boring...semak accaunt bank.Agak jer nak banyak pastu surut balik..Pening-pening.Macam na nak beli kereta ni.Ekonomi macam tak stabil je..Mungkin duit banyak dilabur kepada adik-adik aku yang 2 orang tu..Boring...
Ahha!!!saya dah ada insurans.best best best..masa depan tu.We dunno what will happen in the future.Mana tau dalam diam-diam ni aku ada penyakit kronik...boringgggggggggg.....
Aku geram kat boyfriend aku.Dia cakap rokok yang dia hisap sekarang tu boleh menyebabkan mati pucuk.Apa tah nama rokok tu..Pall apa tah..pall mall ka apa?yang kotak color hijau tu..dah tau lama-lama boleh dapat penyakit tu gatal dok hisap gak.Kang kalau betul-betul dia mati pucuk kang macam ne?Bayangkanlah betapa seksanya aku.Masa depan rumahtangga aku mesti tak seindah yang diimpikan.Aku hairanlah lelaki ni dah tahu jelas dan terang yang rokok tu bahaya yang amat,gatal dok hisap gak.Pandai menjawab plak tu."Kalau tak boleh hisap rokok nak hisap ape?"..mahu saja aku lempang biar sampai terkena bucu simen tu.Biar hilang ingatan.Biar sampai tak reti macam na cara-cara nak hisap rokok..padan muka..

Tuesday, December 12, 2006

DRAMA DI FLET HIJAU

Semalam lepas mandi sayup-sayup terdengar jeritan dan pekikan disertai dengan maki hamun + bahasa kotor dari seorang wanita kepada seorang wanita..ingatka kakak tingkat 10 kat blok aku tu dok maki anak-anak dia..jengok-jengok tengok kat bawah nampak la pompuan mana tah dok serang pompuan yang nak rampas laki dia.Malu sih cerita habis luar dalam..bodoh la...dah la time maghrib,terjerit-jerit,terpekik-pekik,buka pekung di dada..anak haram la...gila talak laa...apa laa.macam-macam la..yang laki yang direbut tu plak dayus je..biar bini dok gadoh kat public gitu..habis semalam penduduk flet hijau blok C&D dok tengok wayang free..lama jugak la gadoh..dah le dekat dengan surau..ntahapehape...

Monday, December 11, 2006

MIMPI YANG DASYAT

Semalam mimpi yang paling sedih dan menyayat hati..Ada ke plak aku mimpi bapak aku meninggal..tahun ni dah 2 kali aku mimpi..Sedih sangat-sangat..Nangis bukan main..Siap mengalami tekanan hidup lagi.Adik-adik aku plak sedih sampai terabai pastu boleh plak diorang gi jadi peminta sedekah sebab mak aku abaikan diorang..konon-kononnya mak aku sedih sebab bapak aku ninggal la..Kesian kat adik-adik aku tu..terabai sampai jadi peminta sedekah..takut + gerun aku mengenangkan mimpi tu..pastu sambung lagi mimpi dasyat..Malaysia dan seluruh Asia Tenggara mengalami gempa bumi yang amat dasyat.Malaysia paling teruk sekali..dalam mimpi tu aku terselamat..Alhamdulillah..Tapi minta jauh la dengan mimpi-mimpi ngeri tu...aku takut sangat-sangat...

Tuesday, December 05, 2006

+ 1 KILO

Semenjak 2 menjak ni asyik fikir yang bukan2...makan pon tak tentu...tapi yang magicnya berat saya dah naik sebanyak 1 kilo!!!!..hahahahha..1 kilo to go to reach my target..hah hahahaha..tapi kalau naik lagi 1 kilo macam tak elok ler plak...mmmmmm...tak pa..naikkan dulu pastu kalau tak elok turunkan balik....Alhamdulillah..semenjak dok kat Putrajaya ni saya boleh control berat badan..suka hati jer nak naik ker turun..wuhuhuhuuhhu..sukanyeee hati..lalalalalalala.....pakwe wat hal pon tak jejas jugak berat badan saya ni..fuh....banyak jugak rahmat Tuhan kat saya..cuma tak reti nak bersyukur...
p/s:psstttttt..en pizli awak boleh tak control berat macam saya buat ni???hahahahhahaha...erm.ampunnnn

Friday, December 01, 2006

ARGGGGGHHHHHHH..TIDAKkkkkkkkkkk

Semalam sembang-sembang dengan boyfriend...dalam banyak-banyak topik tu ada la 1 topik yang aku amat tak gemar dan sukaaa....semenjak 2 menjak ni aku risau sangat sebab pakwe aku ni dah macam nak melekat jer dengan seseorang tu...geram aku..asyik-asyik nak gi makan pizza je..pizza free plak tu..kalau bawa aku takpe.Gi makan sorang-sorang jer..actually aku tak kisah sangat.Apa sangat la pizza tu.Kat Alamanda ni pon ada..wa tak kesah beb..yang aku kesah yang amat tu ialah pizza itu dibelanja oleh seorang pondan..waaaaaaa.geramnya aku..patot le pakwe aku ni macam takder masa jer nak datang..call jer mesti tengah melibatkan aktiviti dengan pizza..makan pizza ler,tunggu pizza ler,tapau pizza leeee..sembang ngan kawan yang kerja kat pizza ler(actually pondan tu sebenarnya manager kat pizza tu..pizza mana???biarlah rahsia)..eeeeeeeeeeeeee...geramnya..hangat hati oooooooo.....
Pastu lebih menyiksakan jiwa aku ialah pondan tu nak pindah masuk rumah pakwer ku itu..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....nak dok satu bilik plak tu..aku tak nak la tuduh yang bukan-bukan...tapi...well....aaaaaaaa...waaaaaa....faham-faham jelah..takkan aku nak kalah di tangan pondan plak kot!!!!

Monday, November 27, 2006

BAD NEWS

Last post aku terfikir-fikir nak balik kampung ke tak..tapi rasa malas..tetiba je last Thursday dapat mesej dari adik...Tok Timah dah takda(my stepgrandma sebelah bapak)..tak rasa sedih sangat ..tapi rasa something..tak tau nak describe cam na.Dia meninggal genap sebulan dari tarikh pertemuan kami adik beradik (anak-anak bapak aku)dengan dia..Semua ada.Aku sempat suruh dia possing dengan semua pak-pak sedara n mak-mak sedara..tak sangka tu last memory with her...Kat handphone aku pon ada gambar dia.Ambil masa last meeting tu gak..Kitaorang adik beradik semua minta maaf..tapi kitaorang macam nakal skit lah...kitaorang jenis tak bagi duit raya kat dia..hulur kat Tok Wan je...hehehehehe..ntah laa..tak payah le nak cerita kenapa.tak banyak kenangan kami dengan dia..

Lepas dapat bad news dari kampung,dapat plak bad news dari Putrajaya.Housemate aku plak masuk hospital.Kena operate.Kesian dia..habis berlubang perut dia.So semalam lepas balik dari Kedah terus pergi kat dia..Aku rasa lebih baik aku tak pergi tengok dia..bertambah sakit perut dia dengan lawak aku..Pastu pagi tadi dapat bad news lagi..Luka kat perut dia tu dah effected by virus..laaaaa macam message dari computer plak.heh!...

Wednesday, November 22, 2006

HUJAN

BEST-BEST HUJAN...HUJAN LAH LAGI...TAPI SEMALAM TELEFON FAMILY KAT KAMPUNG..MAK KATA DAH SEBULAN DAH TAK BOLEH GI MENOREH..HUJAN JE..KESIAN KAT MAK BAPA AKU NIH..HMMMM..NAK BALIK KAMPUNG LA...

Monday, November 20, 2006

Pesanan Khas Untuk Semua Lelaki

Kehadapan lelaki-lelaki yang tak dak *****..tolonggggggggggggggglah.......aku benci yang amat tau bila korang dok suit-suit macam tikus gatai..no respect..suit-suit haram jadah pa..haaaaa.geramlah ni....aku tak kisah tau kalau korang nak mai n say hai Cik Siti ..lawa hari ni..dah makan???..atau cik Ct dah nak balik keeeee??????..kerja dah siap???(walaupon time tu jam memang dah pukol 5 lebih-time aku tengah balik kerja) akan aku jawab dengan tertib dan sejujur-jujurnya...no hal....ni tak dok suit-suit macam haram tu pehal ..aku benci tau tak??????AKU BENCI PADA JANTAN-JANTAN YANG DOK SUIT-SUIT AKU.......so kepada semua lelaki yang ada ***** jangan dok buat perangai macam tu....kalau buat macam tu maksudnya hangpa tak dak t***q!!!!!!

Monday, November 06, 2006

HAHAHAHAHHAHA..AKU GUMBIRA

Aku sedang meniti hari-hari terakhir aku dengan dunia lagha di alam siber ini..hahahhaha..hari ni ramai jejaka-jejaka hensem mai sekolah aku wat imej baru..ghosting semua pc..hahahahhaha...
Sabtu hari tu gi Teluk intan kenduri rumah bestfriend.Dah kahwin dah Siti Hawa ni..Meriah dan lauknya pon sedap..Alang - alang dah sampai Perak singgah pulak rumah bestfriend yang sorang lagi nih..rumah dia dekat dengan rumah M Daud Kilau..Dekat dengan bandar BAgan Datoh..petang petang gi ronda-ronda kat muara Sungai Perak..luasnya..best.angin kuat..best2...i like it..
erm..kawan ada kata "cinta itu akan pudar..tetapi hanya zuriat yang akan membuat ia bertahan"...kata-kata tu buat aku rasa lain macam..rasa takut dan macam-macam.betol ke?

Friday, November 03, 2006

SELAMAT TINGGAL

mULAI MINGGU DEPAN AKU DAH TAK BOLEH NAK BERFOYA2 DALAM YM ATAU SKYPE ATAU APA2 AJE YANG BERUNSUR CHATROOM ATAU BENDA2 YANG LAGHA YANG TIDAK DISUKAI OLEH PARA MAJIKAN.AKU DAH TAK BOLEH NAK MASUK FRIENDSTER,MYSPACE DAN BLOG NI PON RASANYA TINGGAL KENANGAN...SELAMAT TINGGAL SEMUA...AKU NAK PI ISI BORANG TUKAR..DENGAN HARAPAN AKU DAPAT TEMPAT KERJA YANG TIDAK MEMBLOCK PARA USER UNTUK BERSOSIAL...TIBA2 AKU RASAKAN HARI2 DEPANKU BEGITU MENDUNG...TAKKAN LAH AKU NAK MAIN GAME..NAK MAIN GAME PON LEPAS NI AKU TAKUT...SEBAB MOE BLEH SCAN PC AKU...NANTI DEPA DAPAT DETECT AKU...NOTEBOOK PON TAK LEPAS GAK..KALAU NAK AKSES GAK KENA PAKAI PROGRAM TRIAL YANG SCHOOLNET WAJIBKAN...WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..MAAFKAN AKU JIKA SELAMA KITA BERSEMBANG2 DI SINI,AKU TERBUAT SALAH..TERGURIS...

Friday, October 20, 2006

Why Did the Chicken Cross The Road? What theyhave to say


Kindergarten teacher:
Because it wanted to look for food on the otherside.Sammy Vellu:kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam mustiguna jembatan untuk lintas itu jalan lagi pun kaluitu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama sayajuga, saya bolley buat lebbey banyak toll....itujambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kalibole kasi tutup..kita bole survey mana ada rosak.
Karam Singh Walia(TV3):
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukansahaja melintas jalan, malah membuang najis diatas jalan dan ini adalah pencemaran yang palinghebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayamharuslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan,sekian saya sudahi dengan.........Ayam di jalan dilintaskan; Ayam direban mati tak makan.
Wan Kamarudin(Edisi Siasat NTV7):
Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik rebanayam, mak bapak ayam asyik mengangasaje.Ayam semua dah besar kepala,..dan dah taknak duduk reban...dan bertambah biadap dan buatperkara yg tak masuk dek akal!
Zainal Ariffin Ismail(TV3 Kisah Misteri):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihatayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung inipada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada jugamengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam dikampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersiratayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu sayaakhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungimisteri........."
Zainal Alam Kadir(Wayang Kita Astro):"Ayam siapa kalau bukan ayam kita..."heheee.... :P
p/s:malam ni saya nak balik kampung dengan housemate2 saya.Doakan semoga saya selamat sampai ke kampung halamn yang terchenta...

Monday, October 16, 2006

DEMAM

demam......................nak balik kampung....rindu kampung........waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, October 13, 2006

SEMALAM YANG FRUST

Semalam dapat call yag tidak disangka2 oleh orang yang dah lama tak contact...huhu.best2...tak sangka Kak Ida Kechot still ingat n rindu bangat sama aku..sembang2..Kerja dia pon makin ok dah pakai kereta baru dah..kerja pon sangat ok n other good news is her husband is going to move here n bad news is dia gugur..tumpang sedih..biasalah..hidup ada pahit n manis.. than sembang2 lagi pasal kawan2 sekerja dulu..nak jadi cerita, aku pernah la "berkawan" dengan sorang mamat ni kat tempat kerja aku tu..good guy la...pastu hilang cenggitu je sebab masing2 makin jauh..aku further study n dia wat hal dia..number telefon pon dah takder..nak tau tak ape beritanya???

DIA DAH ADA AWEK BARUU.....no aku tak kesah sangat tapi yang aku keSah
sangat ialah
AWEK DIA INDON MAAAAAAAA.....warghhhhhhhhhh sebagai wanita Malaysia aku rasa sangat tercabar..isk...Iqbal r u crazy?????

Wednesday, September 27, 2006

WAARGGGHHHHH...

Pedih hulu hati ku mendengar lagu-lagu raya nih...tapi layan..mood nak balik kampung dah maii dahhh..posa sehari pon tak lagi..ceh!!

Friday, September 22, 2006

PUASA


Tiba2 teringat kejahatan aku masa darjah 3 dulu..Time rehat ja aku and da gang pergi surau n minum air paip kat situ..hahahhahahha...n pada masa tu aku rasa air paip tu lah air paip yang paling sedap sekali kat muka bumi ini...Pastu masa darjah 4 masa balik sekolah agama bapak aku akan jemput.Maklomlah letih puasa..mana larat nak jalan..jauh tu...(padahal langkau 2 blok je..)Bapak aku plak mesti bawa aku gi bazar ramadhan sebelom balik rumah..NAmpak air tebu,mintak bapak beli,pastu naik motor aku buka air tebu tu n minum dengan slumbernya..Sampai rumah buat muka takder mood..bila mak tanya puasa ke tak??Aku terpaksa la jawab aku dah minum air tebu atas motor..mak berleter panjang sebab lagi 2 jam nak berbuka..bapak???senyum jaaa...hahahaha...

Wednesday, September 20, 2006

AKU TAKUT,KORANG TAKUT TAK????

Semalam dan hari ni aku banyak baca email hang berlambak-lambat dalam inbox aku..dari yang kelakar,ngeri,dakwah yang penuh keinsafan dan nasihat serta segala bentuk bagai email lagi la.Tapi hari ni aku tersentuh dengan 3 email yang aku dapat.Tentang nasib umat Islam dan kaum Melayu.Ngeeri aku memikirkan semua ni..tetiba jer aku rasa nak tukar kerjaya.NAk jadi cikgu.Pastu nasihat anak2 murid aku dan buka minda diorang dengan realiti dan keadaan yang semakin tenat dan mengancam ni(mereka ni juga perlu dicuci dan dikejutkan dari keselesaan yang membuai).Jika hari ni kita dah tak tentu hala dan hilang kuasa untuk mempertahankan akidah dan jatidiri bangsa kita apa agaknya yang akan berlaku 20-30 tahun lagi..alah toksah 20-30 tahun lagi lah..tengok lagi 10 tahun lah..aku jadi takut bila pemimpin sendiri yang sangat dipercayai boleh singkat akalnya..kenapa mereka ni tak fikir panjang ??

Aku terfikir kalau aku tak undi kerajaan sekarang aku nak undi apa?Kalau yang dok memimpin sekarang yang dikalangan kita2 jugak ni tak mau jaga kita dan asal usul kita,jangan harap la yang lain tu nak membela kita plak..dahh tentu la tidak..Ntah2 negara kita akan jadi negara sekular..Sikit hari lagi jika kita still macam ni(berdiam diri,tak membela agama dan bangsa sendiri)atau lebih teruk dari sekarang, tak mustahil kita akan jadi hamba di bumi sendiri.Tanah tergadai...maruah dipijak,agama kita dihina...Kita hanya bangga denga masjid yang berlambak kat seluruh ceruk bumi Tanah Melayu ni..tapi isi kat dalam..haram...agaknya muzium lagi meriah dari masjid..masjid buat lawa2 cantik2 pastu pakat tangkap gambar ramai2..buat tempat lawatan segala bagai manusia tak kira agama..

Ulama tak dihormati,kes murtad,nasib umat islam sendiri yang tak terbela di bumi sendiri,pemimpin yang mengaku Islam tapi hatinya kelam dan kabur tentang Islam dan jatidiri bangsa ,...aku takut la semua ni.Aku takut dengan bala yang akan menimpa kita..tapi ramai antara kita yang tak ambik peduli..dan mungkin kurang kesedaran..asalkan hari-hari dapat makan,pi kerja cukup bulan dapat gaji,.kira ok lah tu...

Aku takut dan aku risau..setiap kali aku terbaca tentang orang Melayu yang jadi murtad aku marah..tapi at the same time aku cuba ubah sikap aku yang suka maki hamun depa ni dengan berdoa agar hati mereka kembali lembut dan menerima Islam,bukankah itu lebih bermanfaat..Mana tahu Tuhan dengar doa aku ni dan makbulkannya.Doa tu kekuatan orang Islam.Tapi mestilah disusuli dengan usaha.Aku takut...dan aku berdoa agar Tuhan berikan aku kekuatan dan jalan untuk membela agama dan bangsaku.Aku lahir sebagai Islam dan Melayu..matiku juga mesti dalam Islam dan Melayu yang bermaruah

Wednesday, September 13, 2006

Semalam,hari ni, dan esok..



Semalam aku buka email,Hawa hantar gambar majlis pertunangan,Hari ni buka take5 tertengok gambar si Nani pakai baju biru cantik nak mampoih di majlis pertunangan beliau..esok???aku tak tau la sapa plak....Awin dah,Ann dah,Aida dah nak blah dari Putrajaya dah..dapat pindah Penang sebab dah nak kahwin tahun depan(senang plak minah ni dapat tukar),Fara nak tunang awal tahun depan,n last month aku dapat good news kawanku si Suzie tu dah pregnant 2 weeks..Alhamdulillah..Semoga kalian berbahagia..Aku bila??aku nak macam mereka..but when i asked myself back i found that I'M NOT READY YET

Tuesday, September 12, 2006

Y??????


AKU DAH TAWAR HATI DENGAN BOYFRIEND AKU..TAPI DIA MAKIN BAIK LAYAN AKU...DARI SUARANYA TU AKU DAPAT GAMBARKAN HARI-HARINYA YANG SUNGGUH CERIA DAN SEPERTI MATAHARI YANG MENYINAR MENYULUH SELURUH ALAM FANA INI DAN BUNGA-BUNGA TURUT BERKEMBANG ...WAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!

Tuesday, August 29, 2006

RESEPI KU UNTUK MU


Untuk sesiapa yg berminat printlah resepi ni.Try lah..mesti sedap punya kalau tak sedap maknanya korang tak reti masak...dunt worry..keep practice...lama2 oklah...aku tak payah practice.....semulajadi bakat ini..hahahaha...bunyi macam riak plak..tarik balik...slruuuuuuuuuppppppppp..saya pon blaja dari mak saya...so u all try try la noh ..mana tau laksa u all lebih ummpphhh dari resepi saya ni...Selamat menchoba yah...

LAKSA UTARA
(resepi ini untuk sebungkus laksa)

BAhan A(untuk buat kuah)
1) ikan sardin (biasanya untuk sebungkus laksa saya beli sekilo ikan sardin.bukan sardin dlm
tin tu yeeee,belilah ikan sardin yg fresh kat pasar tu.y ikan ni?bcoz rasanya yg manis2
lemak gitu)
2) 20 tangkai cili kering (kalau suka pedas letak la 20 tangkai ni.kalau tak tahan letak la ikot
suka hati)
3) 1 labu bawang bear
4) 5 ulas bawang merah
5) sedikit belacan (kalau tak suka belacan letak la udang..sebelum tu kisar la udang tu
bersama2 cili dan bawang2 tadi)
6) daun kesom 50 sen
7) bunga kantan 2 kuntum (tgok saiz la kalau kembang setaman tu letak je lah sekuntum..kang
semak pulak periuk tu....)
8) garam
9) asam keping (letak la dalam 10 keping.tengok jugak la tahap keasidannya.kang kalau asam
keping korang tu jenis masam pritt korang jgan la letak lebih2 .PAndai2 la agak)
10)ajinomoto tak digalakkan..ahahahahaha

Bahan B(ni rencah2 dia atau bahasa pasar ygg kasar kita panggil dia sampah)

1) timun (hiris la macamna pon..asal orang tau tu timun)
2) bawang besar(hiris gak..nipis2 dan ngam2.jgn panjang2 nanti terjolok kerongkong..)
cili
3) limau nipis
4) daun selom..nak tak daun apa pon ok.tapi slalunya orang letak daun selom
5) telor ayam atau puyuh..telor lembu dilarang yeaaaaa

Bahan C
laksa sebungkus (ni wajib ada kalau tak tak panggil laksa)

Cara-caranya:

1st of all rendam la dulu laksa tu...kemudian rebus sampai lembut dan sesedap gigi menggigit.Dah masak toskan.Letak sebelah.

Untuk kuahnya plak.Rebus ikan.Kemudian ambik la isinya.Kisar la suka hati.Jangn kasar sangat dan jangan lumat sangat.Sedang2 je.Letak tepi.Kemudian kisar cili kering,bawang besar dan bawang merah kasi lumat.Kalau nak letak belacan atau udang time nilah.Kisar sekali yea.Kalau korang nak dapatkan bau yg umphhhh kisarkan sekali daun kesum.tapi kisar kasar2.nanti baunya lebih naik...
Kemudian masukkan isi ikan dan bahan-bahan yang dikisar tadi dalam periuk yg sesuai..Masukkan asam keping dan bunga kantan tadi..Bila nak masuk garam?Mak sedara aku cakap masa yg paling sesuai untuk masuk garam adalah time kuah tu sedang menggelegak.Korang masukkan lah time tu...Senang kan?.Dah mendidih tutup lah api tu.jangan membazir gas..gas sekarang ni mahal.1 tong kecik je rm16.nyampah tol aku..ntah2 aku kena tipu.

Kemudian hidangkanlah tunggu pe lagi..letak lah bahan2 hiasan tadi...senangkan?Cubalah..anda pasti suka...buat laksa ni tak susah..boring time nak asing isi ikan tu lah...pastu nak potong2 hiasan tu..orang kata nak tengok anak dara rajin atau lemah lembut..tengok kat cara dia hiris hiasan2 tu..aku mengaku aku hiris besar2..aku anak dara terpelajar.Kena gak blajar sains..kang kalau potong halus2 hilang zat dia ..zat tu hilang melalui jus2 dia yang terpercik masa kita potong..kan kan?betol tak?ahahahahaha...

Monday, August 21, 2006

my soul

jiwa aku tak tenteram la..y?...kenapa ni?kenapa?
kenapa aku asyik kalah ja main game hari ni?
iskkk...tensennnnn...patot la jiwa aku tak tenteram....rekod game tak berjaya dipecahkan...

Thursday, August 03, 2006

TAK TAHU


"i nak tau dan nak tanye sesuatu,kalau u masih blum berpunye,dan kalau terbuka hati u, sudi tak u terima i sbg teman u.."
mmmmm....aku dah ada bf lah..n aku tak pernah jatuh hati dengan dia ni...apa rasanya kalau cinta kita ditolak???? AKU SUKA BILA ORANG SAYANG AKU..TAPI AKU SUSAH NAK TERIMA SESAPA PON AS A LOVER DALAM HIDUP AKU..kecuali bf aku yang sekarang..tu pon sekarang ni aku dalam dilema..samada nak go on atau off je ngan dia...n kembali single macam biasa.kekadang aku rasa macam tak der faedah jer dok berkasih2 ni..hidup aku macam tu jugak...

Wednesday, July 19, 2006

ANOTHER MY FIRST TIME


13TH jULY-17 July hari tu aku menghilangkan diri ke Kem BTN Bukit Sagu Kuantan..Dari rumah aku ambik ERL pastu seret beg2 aku yang berat tu naik STAR lrt plak...seret2 lagi sampai Pudu naik kejang ketiak aku dok membawa beg tu...bawa baju macam nak dok 2 minggu walhal kursus 5 hari jee...akibatnya ada setengah beg baju yang aku tak sentuh langsung kat sana..padan muka aku..naik bus transnasional yg tak best sangat tu..sebelah aku seorang indon yang baru balik dari buat ic kat Putrajaya..Pak Cik indon ni dah dapat kerakyatan tetap..aku tanya dah berapa lama dok kat Malaysia ni???dia tak tau nak cakap sebab dah terlalu lama...ke dia tak tau kira???tapi muka dia tak macam indon nampak macam Bangla...tapi aku sure dia seorang Indon berdasarkan percakapanya itu..Sampai je kat Kuantan dah ada orang tunggu..gi jalan2 p Telok Chempedak dulu..pastu singgah rumah akak yang jemput aku ni..main2 dengan anak dia..isk...bila la aku nak ada anak ni???ehehhehee......

PAstu teerus ke Bukit Sagu..aku orang last sampai kat sana..disebabkan kelewatan tu maka aku tak dapat roomate...tarahal..aku sedapkan hati aku.."mungkin ada insan lain yang sejantina denganku yang belom mendaftarkan diri beliau...takpa2 tunggu..."kata aku dalam hati...tunggu punya tunggu haram takder....aisehhh macam na ni..time gi makan terjumpa kawan aku....cisss rupanya dia dok sebelah bilik aku jer...so aku ajak je dia pindah ke bilik aku...heheheheheh...senang je...settle masalah aku...aku sebenarnya tak kesah tidor seseorang..namun disebabkan aku takot kat tengah2 hutan ni banyak makhluk Tuhan dari pelbagai jeniss..betllah tekaan aku..malam 1st aku kat sana dah kena test..tapi bukan aku laa roomate aku..aku tidor mampus macamna nak kena...tetiba jer pintu almari pakaian aku dan kawan aku terbuka serentak...tapi kawan aku ni ngantok nya mengatasi ketakutan dia buat bodo jeee tido lagi best..lepas tu malam2 berikutnya tak der pepe dah..mana taknya aku dan kawan aku ni tidor mampusss...

hari2 berikotnya aku bangun awal kol 5 pagi nak mandi gi jemaah suboh dengar tazkirah tapi haram tak dengar pon bukan sebab aku tidor tapi sound sistem tak bagus..bergaung jeee...tapi masa hari last tu baru aku perasan kalau aku dok kat bilik clear je dengar...cisssss...lepas solat riadah..ada ujian stamina untuk tentukan umur biologi...macam2 la kena buat..pumping la,fireman wall la..balancing la..pusing2 bagi pening pastu jalan...kira denyut nadi la..tahan napas la..macam2 lahh..yang tak tahanya lari 2km...masa lari tak rasa pa....dah malam tu macam2 rasa..jalan pon terkangkang2 ..klakar jer rasa...nak solat pon susah...

BTN ni buka minda dan mematangkan fikiran aku terhadap kepimpinan dalam negara ni...malas nak cerita aku..korang sokong je lah kerajaan...jangan main kutuk je .Kita hanya tau kulitnya.kejadian sebenar kita tak tau...negara kita diserang oleh Yahudi tanpa kita sedar..pecayalah..diorang guna macam2 cara...Brader PIzli yang aku citer kat YM tu sebahagian je..banyak lagi sebenarnya...risau jugak aku bila fikir2 hal macam ni...So aku seru kat korang sayangi la Malaysia...dapat ke kita kekalkan kemerdekaan kita setelah selama 446 tahun kita dijajah?????..nak dapat kemerdekaan tu kita terpaksa setuju share negara kita dengan bangsa yang pada mulanya nak menumpang cari rezeki kat sini je...patu hasilnya diorang plak yang lebih kaya dari kita tuan asal punya tanah..cuba korang bayangkan..dah le asyik kena buli dgn Singapore je...nyampah tol aku...

Aku dulu pon tak berapa kisah dan slalu kutuk menteri2 dll...tapi after dapat maklumat yang sebenar baru kau buka mata...benar lah...bukan senang nak jadi pemimpin..
Aku tak sangka naik suka kat kursus ni...susah aku nak cakap kursus best..tapi kali ni memang best...mula pergi aku langsung tak dak mood...kemudian rasa macam nak suruh diorang sambung lagi.....

So...CINTAILAH MALAYSIA.....iskk..macam tak kena dengan tajuk jer

Wednesday, July 12, 2006

CAKAP BANYAK

Kepala aku sakit..sakit sangat2...masalah terpendam la..pacarku dah ingat aku tak nak dia lagi la..berdepan orang yang cakap banyak la...cakap banyak dah 1 hal pastu cakap2 beliau ada berbaur hasutan dan fitnah dok reka2 cerita laa..kang ada yang salah paham mampus aku..aku sakit kepala dan meluat teramat dengan orang spesis ni....HELP ME!!!!!!

Tuesday, July 11, 2006

MY PRAY

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa yg telah ku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hambaMu..
Kau tunjukkanlah Jalan yg betul kepadaku didunia ini..
Supaya aku tidak mengahadapi azabMu di akhirat kelak
Kerana aku sangat takut menghadapinya..
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah ...sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku hamba yang diredhai
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi hambaMu yang terbaik
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi hamba yang dirahmati
Hamba yang dikasihi
Hamba yang soleha
Hamba yang sentiasa diredhai Penciptanya.

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, July 06, 2006

BANYAK KERJA LAH...

Aku dah lama tak memblog sebab:
1.Malas nak memblog tapi suka baca blog orang
2.Pergi Kursus (nanti ada kursus lagi..cemuih aku p kursus..)
3.Tak ada masa

Esok kakak dan adik aku nak mai..cousin aku pon nak mai jugak siap buat permintaan suruh buat laksa...aku tak kesah la semua tu asalkan ada ole2 dari kampung...Aku dah pesan siap2 suruh bawa buah moktan+manggih+durian(kalau diorang berani laaaaa)...adik aku ok jeee..."boleh2"kata beliau melalui sms semalam..pasru dia sambung lagi, " tapi moktan tu aku kupas bleh tak????tak larat nak bawa sekali kulit beratttt"..emm..ok lah asal aku dapat makan moktan dari pokok rumah aku tu...moktan dari pokok sendiri dengan moktan beli lain rasanya..hahahha..nikmat nya tak sama..nak2 bawah pokok moktan tu ada buaian gantong...sambil landing2 kat buaian tu tangan petik moktan yang tergantung2...nak lagi best tak payah petik..terus je makan..tak payah petik..adik aku slalu buat macam tu..redha je la...benda2 macam tu la yang buat hati aku meronta2 nak balik kampung..tapi apakan daya minggu depan ada kursus lagi...musim buah plak nak habis dah...kang tak pergi kursus lambat plak aku nak confirm jawatan ni...pergi je lah.

Thursday, June 08, 2006

MY FIRST TIME

Hari ni buat kali pertamanya aku menjejak kaki kat Klinik Putrajaya..Ramai siot...nampak sgt penduduk Malaysia ni ramai berpenyakkit..termasuk la aku..hahaha...penyakit malas tok sah cerita leee..yang dok baca blog aku ni pon ramai yang malas..wuhuhu...memblog je kerjanya...hahaha..Kalau arwah abang aku ada maybe dia pon suka memblog..sebab dia suka tulis diari..sampai sekarang family aku simpan rapi semua diari2 dia.Start dari alam muda remaja sehingga hari terakhir dia dimuka bumi ini..

Alhamdulillah hal-hal kat klinik tadi berjalan lancar kerana sistemnya yang sangat sistematik dan berkomputer ..Sangat bangga berurusan dalam suasana macam ni..Happy jer aku pagi tadi walaupun kena sabar sikit sebab orang ramai..Tapi pengurusan kat klinik tu sangat best..aku happy jerrrr..Akan tetapi
kepala aku menjadi sakit dan berdenyut2 sebab kena tunggu bus selama2 jam..macam sipottt jeeee..namanya dok Putrajaya tapi tahap perkhidmatan pengangkutan macam hampehh.,..Aiya macam mana ni...aku dengar ada cadangan nak tingkatkan kemudahan pengangkutan awam..bus berlambak tapi jalan tak ikut jadual....agaknya drebar2 bus tu singgah kat kedai2 mamak tepi jln tu pastu pekena teh tarik segelas dua..eh aku bukan agak la..aku pernah namppak...siot je...wat malu jerr.tunjuk ler contoh terbaik skit.. dah jadi bandar terancang biar la semuanya terancang.Ni tak sistem pengangkutan awam macam kentot ayam..bodos betoi laa.sakit hati...padahal aku tunggu kat laluan penting tadi tu...haram j betoi...2 jam beb..kalau balik masak dah siap 3-4 jenis lauk...

1st time gi klinik Putrajaya dan 1st time tunggu bus selama 2 jam kat Putrajaya.

Friday, June 02, 2006

AKU TERLUPA DAAA

Macamne la aku bleh terlupa nak tulis semalam tentang anniversary aku yg petama kat sekolah ni...Semalam bersamaan 1 Jun 2006 maka genablah 1 tahun aku berkerja...Apa yang aku dapat????Takyah la aku nak describe kat sini...tapi aku kategorikan sebagai tak memuaskan ..aku mahu lebih dari apa yg aku dapat sekarang..dari segenap sudut la...bukan duit je...


Isk...aku macam nak cerita panjang..tapi malasla nak tulis lagi...nanti lah

Wednesday, May 31, 2006

AKU INGAT HARI NI 1 JUN

Mati2 aku ingat hari ni 1 Jun..ada ler cerita disebalik 1 Jun tu...Actually sekarang time school break..So aku tersangat la boring coz tak tau nak buat apa melainkan melayari internet dan main game bola2..kerja tak banyak sangat..Aku nak kena meng"eskot" vendor2 yang ambik kontrak kat sekolah ni.Boring gile..time2 tak banyak kerja ni lah aku tak dapat nak main YM..dah banyak kali try tak dapat nak hack network jugak...cit....

Monday, May 29, 2006

AKU BERJAYA

Akhirnya aku berjaya mengumpul kekuatan mental dan fizikal ku ini untuk memblog setelah sekian lama meninggalkannya...Banyak hal yang nak diceritakan tapi dah lupa la..ingat nak upload gambar2 konvo..tapi rasa malas plak...nanti lah...aku tak sabar nak tengok gambar aku yang melambaikat stage tu..hahahaha...terkejut berok urusetia konvo bila aku lambai kat stage tu..keh3...time bile lagi nak tonjol2kan diri..setakat kat blog je apa barang!!!!..
Aku nak beli kereta..tapi setelah difikirkan semula aku rasa not at this moment..maybe later..hari sabtu hari tu aku gi KL.Jejalan kat sana sambil menemani kawan2 shopping.Aku tak bercadang nak beli apa pon..Cuma nak tengok2 jer...tapi yang herannya macamne aku plak yang paling banyak membeli dari diorang ni????mushkil aku..hik3...On da way to Jalan Msjid India tu ada le sorang mamat Jepung tahan aku suruh tolong tangap gambar dia..aku pon sebagai warganegara Malaysia yang ramah tamah dan berhemah nolong le dia...ngong ngeng ngong ngeng (sesi ramah mesra) lebih kurang dapatlah phone number beliau...hehe..NAma beliau Shige..Jangan salah sangka ye..I bukan nak tackle mamat Jepung tu..akan tetapi I nak bawa dia jalan2 kat PUtrajaya ni..I tanya kat dia pernah pergi tak Putrajaya tak..Dia cakap tak tau..sebab tu la I nak bawa dia mai sini...hik3(gelak gatal).....
Semalam tengok bola My Team lawan M'sia..no komen la..aku nyampah tengok bola..Minat aku terhadap bola hanya masa awal 90-an dula...time tu aku rasa sangat ke'best'annya.Walaupon masa tu aku kecil lagi dan tak tau apa pon tentang bola..Sekarang ni pon aku tak tau sangat pon tentang bola..Tapi kat rumah aku banyak plak buku bola...hehehe..aku tengok2 je..Cari pemain2 hensom dan ambik tahu tentang lifestyle dioarang...AKu bukan nak cerita tentang bola la sebenarnya kat perenggan ni..sebenarnya aku nak cerita semalam aku makan laksa sambil tengok bola..Sedap siot...SLuuuurrrrpppp...

Friday, May 05, 2006

BALIK KAmpung

Esok aku akan memulakan cuti panjang aku..9 hari.JAngan jeles..Tak sabar nak jumpa family dan kawan2..dan yg paling dirindui masakan mak aku..cek boleh demam kalau penyakit kempunan masakan mak mai...tahap meracau plak tu...isk3..

Minggu ni dapat 3 berita buruk dari orang2 terdekat.1 hb5 hari tu mak kawan aku accident.hilang ingatan..teruk jugak.sian dia.sedih betol sampai pakwe dia pon tak leh nak kerja...pakwe dia,kawan aku jugak,David namanya..aku pon dapat rasa diorang betoi2 sedih bila si David tu telefon aku than menceritakan kesedihan dia sampai tahap tak mau pi konvo.tak leh makan,kerja pon tak leh nak buat dah.Amy plak asyik menangis terkenang kan nasib malang mak dia..kesian betol aku dengar..Sekarang diorang berusaha keras cari RM yang agak banyak untuk bayar duit operate.Aku hanya mampu menasihati diorang agar banyak bersabar...

Than 3 hb 5 plak aku dapat berita kematian ayah kawan aku.Ayah Suhaila,Encik Md Salleh ni sangat la baik.Aku kenal dia sebagai seorang yang warak dan baik hati.Anak2 dia semua terdidik dengan ilmu agama yang mantap.Aku kenal arwah pada hari pertama aku mendaftar kat poli sama2 dengan anak dia,Suhaila aka Ella kawan baik aku kat poli...MEninggal sebab accident.Aku dapat rasa keperitan yang Ella rasa....but i know that she's very strong person..

Tadi plak bersamaan 5 hb 5 aku dapat berita buruk yang ketiga.MAk Mertua Mak Jang aku,Tok Lijah dan meninggal semalam.Macam ne aku terlewat dapat berita ni???cis...Dah petang baru le abang aku bagitau..Nasib baik aku balik esok..Dapat la buat muka sedih kat depan Mak Jang dan Pak jang...

Kesimpulannya bulan Mei ni agak menyedihkan...aku ingat lagi 1 Mei 4 tahun yang lepas mak kawan baik aku meninggal sebab kemalangan.Sedihnya..

Berdoalah keselamatan aku balik kampung ni..dan juga keselamatan aku masa nak pulang ke sini plak yeeeee...

Semoga aku dapat memblog lagi di masa kan datang.Amin...

Tuesday, May 02, 2006

MALAS TAK DE UBAT

Aku malas la nak memblog...malas yang terlampau ni...minggu depan cuti 9 hari..balik konvo...motif utama aku balik kampung nak makan masakan mak n bagitau sesuatu tentang diriku ini...hehehehe...

Wednesday, April 26, 2006

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



TAkutnya aku..adakah solat aku akan dilempar seperti 1 bgkusan kain tebal yang buruk ke muka aku???Perasan tak kebanyakan perkara2 itu ditujukan kepada kaum lelaki...sebab lelaki tu pemimpin..that y lelaki perlu ada ciri2 pemimpin dan soleh supaya dapat memimpin isteri,family dan org disekelilingnya..Tapi kebanyakan lelaki zaman sekarang haprak...tak leh pakai..tapi saya sentiasa optimis..ada lagi lelaki yang ok dan soleh di luar sana.dan saya mencari lelaki yang seperti itu..Amin...
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



TAkutnya aku..adakah solat aku akan dilempar seperti 1 bgkusan kain tebal yang buruk ke muka aku???Perasan tak kebanyakan perkara2 itu ditujukan kepada kaum lelaki...sebab lelaki tu pemimpin..that y lelaki perlu ada ciri2 pemimpin dan soleh supaya dapat memimpin isteri,family dan org disekelilingnya..Tapi kebanyakan lelaki zaman sekarang haprak...tak leh pakai..tapi saya sentiasa optimis..ada lagi lelaki yang ok dan soleh di luar sana.dan saya mencari lelaki yang seperti itu..Amin...

Thursday, April 20, 2006

Radja - Aku Ada Karena Kau Ada

cinta adalah anugerah yang kuasa
yang bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak bererti hidupku
bila tak ada dirimu
andai ku bisa akan ku balas
semua yang pernah engkau berikan
trima kasih dariku
atas ketulusan mu menyayangi diriku

# chorus:
aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya

#ulang chorus
andai ku bisa akan ku balas
semua yang pernah engkau berikan
trima kasih dariku atas ketulusan mu menyayangi diriku

...........ulang chorus 3x


hari ni kat 10 kali aku ulang lagu ni..best siotttt.....so aku tujukan lagu ni kan parents aku..sebab aku lahir dari cinta sakti mereka...hahahhaha....
nak tuju kat pakwe, tapi rasa macam tak tepat..kat parents la lebih sesuai...

e eh..hari ni saya hantar 2 entry...sungguh rajin saya yeee

RENUNGKAN

Cerita ni aku dapat kat dalam satu website...so renung2kanlah...mulanya tak mau letak dalam blog ni..tapi atas cadangan seorang insan yg berfikiran agak jauh itu maka aku pun mengcopy dan pastekan di dalam blog aku ni..dengan harapan dapat dibaca oleh orang ramai...
Renungkanlah....

Beberapa tahun lalu ... pada suatu malam .. jika tidak silap ingatan saya ianya adalah Sabtu malam Ahad kira-kira pukul 9:30 malam ... saya membeli akhbar Sunday Mail di Kedai Seven Eleven. Ketika saya keluar kedai ... di luar pintu saya lihat seorang pemuda bukan Melayu yang kemudiannya memberitahu bahawa dia adalah Australian dan Muslim .. saya lihat sedang merungut-rungut seorang diri.Apabila saya bertanya mengenai masalah yang dihadapinya ... dia dengan wajah sedih bercampur marah memberitahu ... bahawa dalam kedai Seven Eleven ini ada menjual Arak ... dia baru lihat seorang bukan Muslim membeli beberapa botol Arak ... apa yang disedihkannya dan menimbuklan kemarahannya adalah ... pekerja kaunter berkenaan adalah seorang Gadis Muslim!Antaranya dia berkata ... bahawa sebagai Muallaf .. baru memelok Islam beberapa tahun ... pun dia tahu bahawa bekerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak ... kadang-kadang terpaksa pula menyusun botol-botol Arak ... kadang-kadang memasukkan botol-botol arak dalam bag plastik ... ini semua subahat ... dan pendapatannya adalah haram ... dia tidak faham mengapa seorang Gadis Muslim boleh bekerja dalam keadaan sedemikian ... takkan sebagai Gadis Muslim yang memang sudah Islam sejak lahir dan belajar Agama di Sekolah Rendah & SekolahMenengah tidak tahu hukum berkenaan ... di mana kawan-kawannya? Di mana ibu bapa dan sanak saudaranya? Di mana orang-orang Muslim .. tidak adakah sesiapa yang memberitahunya? Kemudian dia memberitahu .. bila dia memaklumkan kepada Gadis Muslim tersebut sebentar tadi ... Gadis tersebut hanya tersenyum sambil berkata "Asalkan saya tak minum tak apalah! Saya terpaksa kerja di Seven Eleven ini kerana terpaksa untuk bantu keluarga!" Ayat itulah yang menyebabkannya berasa begitu sedih dan kecewa ... dan merungut- rungut depan kedai!Dengan nada sedih bercampur marah dia berkata kepada saya "Jika seorang Gadis Muslim dalam negara Muslim sanggup bekerja di Kedai yang menjual Arak .. bagaimana kalau dia berada di negara saya Australia .. sebuah negara Kafir ... penduduknya pun Kafir ... apakah dia akan sanggup pula menjual kehormatannya dengan alasan terpaksa?" Dia menyambung lagi "Saya fikir ada lebih baik dia beli kuali dan jual goreng pisang tepi jalan ... kerja itu jauh lebih mulia dari dia kerja di Kedai Seven Eleven yang ada menjual Arak"! Dia menyambung lagi "Tidakkah dia tahu bahawa Allaah SWT itu ada! Bukankah Allaah SWT yang mengurniakan rezeki! Apakah dia masih belum yakin bahawa Allaah SWT akan sentiasa membantu hamba-hamba yang taat kepadaNya?" Di akhir perbualan kami saling berpesan untuk berdoa semoga Allaah SWT mengurniakan setiap Muslim dan Muslimah kefahaman Agama dan kekuatan untuk beramal dengan Ahkam Agama Islam yang murni ini. Semoga kisah yang pernah saya sendiri lalui ini sedikit sebanyaknya memberi manafaat kepada kita semua.

Masalah yang aku dapati kat sini ialah :
1)girl ni desperate
2)Jati diri takder-ramai melayu tak kuat jatidiri..that y sampai la tak berubah2...
3)budak ni belajar agama tapi tak de penghayatan..
4)apa pendapat korang????..ramai guna alasan nak bantu keluarga untuk mencari rezeki melalui kerja2 yang tak berapa elok ni...pelacur le apa la...

Wednesday, April 19, 2006

RAHSIA AIR



AIR DAN NIAT

Air sebenarnaya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.
Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai ‘signal’ yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya. Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air daengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat



Rahsia kehebatan air sembahyang

Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau wudhu’ sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wudhu’ dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wudhu memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhu dan mandi..

Tuesday, April 18, 2006

GOOD NEWS

Hari ni aku dapat 2 good news dari kawan2 lama..Dah nak kahwin dh diorang ni...masing2 call suruh gi kenduri kahwin diorang..Cepat betol jodoh diorang..

1.00pm
Atan:Siti, mai rumah aku bulan 8 ni.
Aku: Awatnya????
Atan:Aku dah nak kawen..Mai tau..
Aku: What???dengan sapa?hang kata nak kawen lepas aku kawen..pastu aku ada 2 anak nak masuk 3 baru hang nak kawen..tu hang yang kata kan????hang ingat tak lagi???hang tipu eh????cakap la betoi2..oit ngan sapa????
Atan: betoi....aku tak tipu...
bla..bla...bla..blaaa
Aku: okehhhh...aku pi.....
(pastu dah tak leh nak sambung..bateri hp dia kong)...
boleh percaya ka mamat ni?Iskkk..Anyway..wish him happy ever after...kawan baik aku nih...percaya sangat kat aku..terharu je rasa...dah nak kawen rupanya hang Atan...

1.10pm
Hawa :Besan ,I dah nak bertunang..tapi tak payah ler datang di hari bersejarah tu...kih3
Aku : Ha.???????...:(
Hawa : Sebab i buat kecil2an je..u datang bulan 11 nanti...kih3
Aku : What???? Wah..so fast ek...berapa lama dah kenal.???
Hawa : 3 month...kih3
Aku : Hehhehe...ok la tu...kalau dah ok bagi u, ok jugak la bagi i...kih3...
Hawa : DAtang tau besan!!!!! i bagi kad yang paling wangiiiii untuk u..datang tauuu
Aku: Wokey..mesti punya...besan nak kawen..mesti kena p punya lah...

Perghhhh...terharu aku..mereka ni antara kawan baik aku..dah nak berkahwin yer...Semoga berbahagia le.Aku?????..setelah pikir panjang dan mengambil kira hal2 lain..aku dan dia setuju nak kahwin 4 tahun lagi...hooooreyyyyyy......nasib baik lambat lagi..banyak planning dalam kepala sebenarnya..tapi aku tak dapat rasa macam dia ni jodoh aku punn....hati aku kosong jer..'kimia' antara aku dan dia pon tak kuat...dia tak call atau mesej pon aku tak kesah....nape ye??mungkin baru kenal...

Thursday, April 13, 2006


Apa korang buat pada 12 Rabiulawal 1427 hari tu???tanya korang plak..aku ni ha...pada hari yang mulia tersebut pergi tengok wayang cite ice age2..best la jugak..sengal perut bergelak ketawa..pergi dengan brader yang caring aku dari atas bawah tu....hikhikhik ( gelak merenyam lagi..)..isk apa nak jadi pada aku ni..

Anyway kita mesti mencintai Rasullullah everyday kan???yang pastinya pada hari tu aku telah tingkatkan jumlah selawat aku pada Baginda..Alhamdullillah..korang plak macam ne???

Friday, April 07, 2006

AIR MATA WANITA


Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu " "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."
Perghh...aku suka ayat di atas..beautiful..

Thursday, April 06, 2006

SISIPAN


Akhirnya setelah beberapa hari merana ...dapat jugak aku membaca email dan post entry ni..Masalah skit la kat sini...Apa aku nak tulis ek?? idea dah hilang le...Oleh itu ku sertakan sisipan je kat sini.Semoga jadi panduan untuk kita bersama.


Assalammualaikum…..

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Oh ya,hari Isnin yang lepas bersamaan 04.04.2006 genablah 12 tahun Izzudin Shazli (my big bro) pergi menghadap Yang Kuasa.Aku masih lagi rindukan arwah...walaupon tempoh aku mengenali dia hanya 11 tahun tetapi segala pengalaman dengan arwah tak dapat aku lupakan. Paling best kenangan terkekeh kekeh kat bawah pokok jambu air di depan jamban rumah aku..Hahahhaha

Wednesday, March 29, 2006

1st timE Aku raSa AKU tAK TAhu APa yang Aku BUat


Isk...betol lah bila brader Pizli kata 'kalau ada jodoh tu senang jer'..Sekali datang kejap je jadi..aku masih lagi terkejut..Betol ke ni??????...Aduh...Siti..lain kali fikir dulu sebelom buat keputusan...

Thursday, March 23, 2006

DAh Balik


Dah balik dari kursus juruteknik lanjutan..boleh tahan..tapi tak termasuk langsong dalam skop aku..dengar je lah ceramah.tapi best jugak.ada buat teori2 ada kira2..matematik..hehe.rindu plak matematik.padahal tak suka sangat..rasa macam nak sambong belajar secepat mungkin...tak pe lah.InsyaAllah tahun depan aku sambung.Keadaan tak berapa mengizinkan masa sekarang.Pelan2 kayuh .Sekarang ni cari pengalaman,kumpul duit,n bayar loan dulu...kena plan betul2 ni.Target aku nak simpan RM200 per month.Tapi ahad ni aku nak pi shopping.Minggu depan sekali lagi pon nak shopping jugak..isk..macam tak tercapai je target aku ni...

hehehe..comel bangat kucing ni...macam ni ler mood aku time ni...rasa macam nak relex2,tidor,..macam kucing ni..."kucing..best tak jadi kucing??"...Miowwwwww(gilo apo???)

Friday, March 17, 2006

ke'BUSY'an

Minggu ni aku busy...semalam pon busy..semalam aku rehat pukol 4pm..ceh...solat aku pon pukol 4pm..nama je technician..tapi semua benda kena buat.aku la interior designer,aku le photographer,aku ler technician,aku ler tukang perabih kuih2 kat ofis tu,aku ler tukang lekat sticker2 dan iklan2..aku ler tukang scan,aku ler,..aku...dan aku lagi..tapi gua tak kesah...enjoy beb..kena enjoy kerja ni..baru rasa best...tak rasa penat tu..walaupon kejap kena naik atas.jap turun..aku dah tak payah nak pikir tentang senaman2 ni.hari2 naik turun tangga..dah sama dengan anak tangga Batu Caves nu kalau di kira2...

Tak leh nak bebel panjang ler..aku dilanda ke'BUSY'an...

Monday, March 13, 2006

SPM

Bebudak tengah ambik result


Hari ni SPM dikeluarkan..So dapat ler aku tengok aksi adik2 kat sini..bukan main happy lagi diorang dapat result masing2.Ada tu mak bapak sanggup cuti semata2 nak teman anak ambik result..Alhamdulillah..ramai jugak yang cemerlang..ramai plak pompuan yang cemerlang..lelaki ada le dua tiga kerat..tak paham aku budak lelaki ni..bukan nya tak pandai..tapi malas..dari segi kekreatifan bukan main..cara pikir pon lain..tapi mai je exam result tak gempak mana pon..tapi bagi aku biar lah akademik dan skill tu seiringan...Aku ada ler kenal 2 3 kerat manusia yang educated tapi tak pandai..ada degree Sains Komputer tapi..hampeh.pengetahuan tentang komputer ciput jetak setaraf dengan level yang dia ambik tu..aku hairan..memang hairan..hamba Allah tu cakap dia sanggup buat kerja-kerja kerani..hmmmmmm.....tak tahulah.Orang macam ni kena hantaq p PLKN..dengaq ceramah 18 jam every day...polish skit dia punya minda..perabih masa + duit ambik degree..
Eh..pehal aku emo sangat ni???Tujuan sebenar nak ucap tahniah kat bebudak smartschool ni..tapi wat pe aku ucap kat sini.Bukan nye diorang baca..hahahhaha..
eh..baru aku perasan..hari ni aku dah 23 tahun 1 bulan..patot lerr..isk...lagi 11 bulan cukop 24 tahun plak dh..tua tu..nak sembahyang tadi ada orang call,sembang ..bla..bla..bla.."cepat ler cari jodoh tu...23 dah dewasa tu..lambat2 nanti jadi anak dara tua pulak!!"--cis!!!!sempat lagi menyelit tu.."InsyaAllah..janjiku pada beliau..hehehe"

Friday, March 10, 2006

GOOD NEWS


Abang aku dah rujuk semula dengan awek dia..happy bangat mamat tu...sebelom ni punya ler pening kapla dok memikior strategi nak rujuk ngan awek nya tu...sian aku tengok...lastly dapat gak..the key is stay cool..kena maki kaw2 pon dia tak kisah..tadah telinga je..katanya..Aku yakin dia tidoq sambil senyum..silap haribulan boleh bawak mengigau..keh3..
Esok nak gi makan laksa kat rumah Pakteh..Slurrrrrrrrrpppppp!!!!!sedap siot laksa....

Thursday, March 09, 2006

AKU TAk TAhu..



Semalam aku main msg dgn ex aku...xtually aku tak pernah mesej ngan dia selepas break dulu..tapi dia tak pernah give up utk b'mesej dgn aku...mula2 dulu kena bambu gak ar dengan aku...aku cakap nape msg2 aku lagi???lupakan aku..delete semua number phone,email dll tentang aku dalam kepala ko...tapi dia cakap dia tak boleh buat semua tu..orang gila pon tak boleh lupa orang yang dia sayang...katanya....ok ..fine..pastu baru seminggu break dah ada awek baru...ok...takper..tapi nape aku sedih????..ada jugak kawan2 dia memujuk aku..tanya naper break ngan ****.."aku nak bina hidop"kata aku..."sekarang tak bina hidop ker?"..ahhhh..korang tak paham..pastu kawan2 die dah tak kacau lagi dah..

akhir-akhir ni dia sebok msg aku...dia banyak bercerita tentang masalah dia.nak berubah katanya..kesian kat mak dia ler..nak kerja..nak tolong mak dan abah..dll.katanya dia suka cerita masalah die kat aku..aku lebih memahami dan dia sangat mempercayai aku..hari ni dia dapat kerja.Kawan dia yang rekemen kan..Aku happy sangat..yer lah.at least dah ada kemajuan dalam hidop dia..kalau tak asyik dok perabih duit mak bapak jer...sebenarnya..aku tinggalkan dia supaya dia lebih berdikari..biar dia terantuk dan tersedar di mana dia berada.Biar dia rasa susah..Masa dia ada aku dia macam di alam fantasi..SO aku buat keputusan ni untuk masa depan dia..

Tapi kenapa semalam aku menangis?????..

Monday, March 06, 2006

LESEN


Syukur ..salah satu azam ku tercapai..hoyeaaaa aku dah ada lesen P..so aku dah bleh bawak keta ke sana ke mari tanpa takut2 lagi...hehhee (macam ler aku ada kereta)...syoknya (senyum sambil pejam mata) ..ada banyak lagi target2 yang perlu di capai tahun ni...semuanya sedang diusahakan...ecah..cayok cayok!!!

Wednesday, March 01, 2006

My Prayer Beads



Biji tasbih ku terlerai...sedih..

Tuesday, February 28, 2006

PUTih DODol


HAri ni agak bz tapi sempat lagi aku memblog...rupanya 5 hari dah aku tak memblog.tak sedar la plak..lagi pon sapa la yang nak peduli..ngeh3...



Sabtu plak aku gi blajar keta..Khamis ni test JPJ..cikgu yang ngajar aku tu siap doa aku fail..hampeh tol..aku puji dia pon salah ker???aku kata dia putih dodol...salah ker??hehehehe..aku rasa ayat tu dah sangat berlapik sangat dah..tapi dia takleh terima jugak bila aku cakap dia putih dodol...salah ker???betol ape dia putih dodol..wish me good luck k

Thursday, February 23, 2006

SEMalam



Semalam bestfriend aku call.lama jugak sembang...aku plak takleh tidor..dah pukol 2am pon mata dok kelip pok kelip pok lagi..tak tau nak buat pa..baca buku...tidor..bangun semula..tak leh tidor..baca doa..dah menguap..nak tidor..tapi tak leh tidor jugak..pergi depan cermin..suloh muka sampai nak termuntah...bukan sebab muka aku tak lawa atau mem'boring'kan (ehemmm)..akan tetapi aku ada masalah angin tak nak kuar...aku jadi macam ni lepas demam hari tu..pagi2 aku dah muntah2..macam org pregnant plak..makan tak lalu...mood jap ok jap idak..tetiba jer bangun pagi2 buta...apa dah jadi dengan aku ni?????ada ka doktor2 yang dok singgah mai baca blog aku ni????kalau ada mai komen 1 kali..apa punca sebenar masalah aku ni???

Wednesday, February 22, 2006

Dah Ok dah


Demam aku dah ok dah..Alhamdulillah..orang kata sakit2 ni sebab nak buang dosa.ye kot...banyak sangat dosa rasanya...

Haii..lambatnya hari Sabtu...bleh tak kalau esok Sabtu dan hari Khamis plak jadi Sabtu..ngeh3...sungguh tak relevan permintaan ku itu..sangat melampau...sabar cah ...sabar...jangan gelojoh sangat ...relex2...
'tak lari klcc di kejar..hilang jerebu nampaklah ia..'

NApsu makan aku dah menerjah2..hahahha..kalau tak nasi sesendok pon tak habis..Hari Ahad hari tu aku makan 5 suap nasi jer...tak luak langsong nasi dalam pinggan tu..membazir jer.sian kat housemate aku.Penat drive bawa aku makan kat kedai jauh2..last2 sejempot jer aku jamah..kedai tu spesel skit..waitress dia stail panggil sayang kat semua orang...semua dia panggil sayang.patot ler ramai p kedai dia...aku tengok abang2 yg muka tension masa kuar kereta tengah2 panas tu sekejap jer jadi sweet dan sengih2 kerang busuk lepas kakak tu kasi paggilan maut tu...siap dengan jelingan manja dan senyuman cairrrr....cayalah kak...

balik jap lagi nak singgah foodcourt sebelah ni.Cari laksa..lapar laksa la..nak buat malas.Kena tunggu hujung minggu dulu lah..Laksa letak cili banyak2..kaw2 punya pedas...cakap pasal cili tadi kawan aku ada kasi email cili...katanya cili spisis baru...Bentoknya???takyah ler aku describe..aku 4ward kat kawan2 pompuan jer...ngeh3..mana depa dapat tak tau lerrrr....isk3

Tuesday, February 21, 2006

KENAPA


Kenapa aku demam?????dah 3 hari dah..aku demam sebab cuaca yang tak menentu ke..atau sebab aku dah....jumpa ***** aku..ehehheheeeee...ada yg kata aku demam rindu..yer kot..tapi bukan kat orang yang diorang pikirkan..orang ni aku sorang jer yang tau sapa dia...ngeh3...ker ini dinamakan crush..aku jer syok kat die..dia tak de pepe ..ye ke???..tapi nape dia ajak aku makan sesama...caring kat aku dari atas sampai bawah..macam2 lagilah..malulah nak cerita ihikhik (gelak merenyam)....

Friday, February 17, 2006

APAlAh NasibKU..JIRANKU BODOH

BENGANG betol aku kat jiran aku ni.Asal malam je ada je aktviti ketok mngetok yang hendak dipulonkan..Dia ni ada otak ke tak???orang nak tido ke..aper ke..cakap ngan pakwe keeee..macam semalam,solat aku tak kusyuk sebab aktiviti dia tu...hampeh betol...tak kira ahh..berdosa ler engkau jiran hampeh..aku ketok balik(pakai sikat rambut jer) sebagai mewakili kata2 yg ingin diluahkan dari hati yg cuba menahan sabar tahap tepu- "tolong diam,saya terganggu dengan sound pollution yg anda buat.BOLEH TAK????."..dia lagi ler ketok macam nak runtuh bilik aku...oiiii...tak reti hidop berjiran ke????dok dalam lombong ler kawan ngan hantu air...ntah2 hantu air pon tak nak ngan kau...kata aku dalam hati..tunngu lah.balik nanti aku nak cari mercun badak pastu lempar masuk dalam rumah dia.Biar berlubang lantai rumah dia.....

Wednesday, February 15, 2006

GOOD NEWS



Wah semalam dapat good news dari housemate aku...Dia dah dilantik jadi Cyber Secretary untuk sorang YB Menteri..Tahniah Izra...cayalah lu...meh aku nak cerita sikit pasal housemate aku ni..Dia ni kan sebenarnya sangat ler baik hati.Aku tak pernah le jumpa manusia baik spesis macam dia....Kerja dia sekarang PKS .Dalam kontrak kerja 5 jam jer.Kalau kerja lebih takleh claim overtime.Toksah mimpi ler nak over2time ni..-kata PKS2 yg lain..bukannye dapat duit..sambong mereka lagi..tapi sahabatku yang baik hati ni takpernah berfikiran macam tu..kerjanya..kerjaaaaaaaaaa je..yang penting ikhlas..start kerja kol 8.30am balik pukol 7.00pm..lebih jam tuuuu..kekadang tu dia pulon kerja sampai sakit2..letih..kesian la aku tengok..tapi aku buat2 tak kesian la..biar dia cekal dan memang dia cekal pon...yang aku tauu lagi..dia ni memang la seorang yang ikhlas.Buat kerja jarang merungut.Buat jer....Kekadang aku geram pasaipa ofis dia tak serap dia jadi permanent staff.Aku pon apa lagi kutuk2 ler opis dia.Tak menghargai jasa ler..buta ler..bodoh ler..nyusahkan diri ler nak train staff baru ler..dia skong dgn komen2 ku itu..tapi dia tetapi think positive dengan apa yang dia buat.Dia kerja kerna responsibility not just 4 money..malam Jumaat lepas kami ada tengok Forum Perdana Hal Ehwal Islam kat TV1.Tajuk nyer pasal pengangguran di kalangan graduan lepasan IPT..Dato' Fadilah Kamsah pesan kalau nak bekerja tak kiralah kita ni kerja apo pon..kerja photostat jer ker..hantar surat jer ker..aper ker..apa yang penting ialah kita perlu buat yang terbaik!!! kerana balasan dari Tuhan nanti tentulah yang terbaik untuk hasil kerja yang baik.Bayangkanlah kalau kamu kerja Pegawai sekalipon kalau wat kerja pon macam melepaskan batuk di tangga..Tuhan nak kasi yang terbaik ke untuk apa yang kamu dah lakukan.????..kata2 Dato' Fadhilah tu sungguh menggembirakan hati housemateku ini dan buat aku lebih tersedar untuk bekerja dengan baik.Pastu aku pasti kawan aku ni akan lebih tekun dan teguh serta yakin dengan pendirian dan cara kerjanya yang sangat ler tak berkira dan ikhlas tu..Tup tup semalam berkat kesabaran dan kerajinan dia yang hampir 3 tahun kerja dengan penoh keikhlasan ni terbalas jua..TaHNIAH..Aku betol2 tersedar dengan hukum karma ini.Buat baik dibalas baik...Tuhan tu mendengar doa makhluknya..dan kawanku ini tak berenti2 berdoa..tak reti putus asa..dan dia telah mendapat ganjarannya.

Monday, February 13, 2006

23 TAHUN YANG LAMPAU DI TARIKH YANG SAMA AKU MUNCUL !!!


Aku makin dewasa.HAri ni aku sambut birthday secara tarakpapa..hanya membalas mesej dari kawan2 yang still ingat kat aku...Tq gak kat sorang insan tu yang pagi2 buta dok nyanyi lagu bithday kat aku.jugak kepada izra yang berusaha keras bangun tengah malam semata2 nak menaip "hepi birthday mamu..Moga pjg umo dan murah rezeki" tq..doa tu penting wooo..n also Miss Fatin lecturer aku kat POLIMAS dulu...dan kepada yang lain jugak..
Doa aku untuk umor baru ni..tentulah jadi better person..terima kasih untuk mak dan bapak..kalau takda diaorang takjadilah aku... 'MoM+Dad=ME'


HAPPY BIRTHDAY TO ME

Saturday, February 11, 2006

JUMAAT yang INdah




Aku sedang menikmati saat indah...hujan turun siap ada angin sepoi2 lagi...indah..Subhanallah..dulu cikgu aku kata kalau hujan lebat turun tiba-tiba cepat2 ler doaKatanya waktu tu doa makbol jugak..hujan tu kan punca rezeki.Aku plak tak kira hujan lebat ker hujan rintik2 ker hujan tak jadi turun ker aku bantai doa jugak..TApi aku memang suka hujan..best..syahdu jer...dulu bila time hujan turun aku suka dengar lagu I'm a big big girl-by Amylea dan lagu Ku Intai Cinta dalam rahsia-by Jeslina...best la..lagu sepohon kayu pon ada kenangan gak time hujan2 ni..semalam time balik kerja pon hujan turun gak.Habis basah baju aku.Bukan aku sorang jer ramai lagi le yang seksi petang semalam-baju basah kena hujan...

Friday, February 10, 2006

BANYAK HAL

Aku dah kurang memblog skit.Bz semenjak 2 menjak ni.HAri tu balik kampung tak dapat rasa masakan mak..sedih betol.MAk aku bz mengalahkan mak Datin maklomlah anak dara dia nak bertunang...bapak aku plak tengah kaya2 ni asyik dok renovate rumah jer..bagus ler.yang penting aku dapat satu bilik.Bilik aku yang dulu dah bertambah besar..cat kaler putih + hijau...pastu macam2 lagi lah beliau tambah..Nak cerita skit hari pertunangan akak aku-COKDA.Akak aku relex jer hantaran aper pon dia tak buat.mak aku plak dok pulun lebih.macam dia plak nak bertunang..oleh kerana akak aku dok buat perangai macam tu ..esoknya aku diberi masa yang teramatlah singkat untuk gi shopping kek dan sebagainya..Aku pon gi lah..malas nak dok umah..ramai sangat orang.mak aku panggil orang macam nak buat kenduri kawin...sedara-mara lagi..bapak aku kata kenduri kahwin nanti untuk sedara belah dia jer dah nak tumbang 1 ekor kerbau..tak campor belah mak aku lagi..jiran2 kampong aku lagi....isk...dasat tu..aku dengar jer lah.Buat ler pak oiiii..nak sambot menantu sulong macam tu ler...excited jerr...

HAri sabtu balik Putrajaya hari Ahad aku gi Johor plak..1st time tu sampai johor..tak ler best sangat ..pi hantar adik housemate aku kat pasir Gudang pastu blah ler..tak larat tunggu lama..takperlah..janji aku dah jejak tanah Johor..negeri apa lagi aku tak pergi ah????Eh semua dah pergi laaa..perghhh...baru hari ni aku sedar..Sabah Sarawak jer tak pergi lagi.Dulu masa dapat gaji 1st(yang terkumpol selama 3 bulan tu-buat aku kebulor dan susah hati je)aku cadang nak p Sabah.jumpa Shaz bestfriend aku.Tup2 time tu musim kapal terbang asyik jatoh jerr.terus aku cancel...takot wooooooo...

HAri Isnin hari tu dapat diari..dah masuk bulan 2 baru dapat..layan jer lah...awal tshun lagi..tu pon orang kasi..hehheeh..aku pon dengan tekonnye tulis diari tiap2 malam..kecuali semalam.Aku tertido lepas solat maghrib..Semalam aku tidor paling banyak ler kiranya...Malam Selasa hari tu aku main msg dgn dak yang aku putus hari tu...macam dulu gak.tak berubah..Pantang sebot betol ler nama dia ni..ha dah dapat mesej dari dia dah..tu ler aku ckap kimia between me n him very strong..kekadang msg yg dia hantar kat aku sama mcm aku hantar kat dia.ayat lebih kurang sama pada masa yang sama..tapi kenapalah dia ni ..iskkk..malas la nak cerita....biarlah..memang dia bukan untukku..dan aku pon bukan untok dia.tak nak ah orang macam tu..tak der masa depan..Semalam plak aku dapat tasbih..wah..semoga hidop aku lebih bermakna..rajin2 ler berzikir..

OH yea..hari ni 10 Muharam 1427..cantik number 1427 ni..aku suka number yang ada kombinasi 127...semoga membawa makna yang besar dalam hidop aku.....Malam ni malam Asyura-pintu Ka'abah akan dibuka dan mohonlah apa sahaja doa dari-Nya.InsyaAllah..

Saturday, January 28, 2006

BAliK KAmpunG!!!!!

Japlagi nak balik kampong..wah..windu gila kan masakan mak..pudin..dan pokok 'moktan' berbuaian depan rumah aku tu...juga bapak yang sentiasa wat aku menjadi lebih penyabar...yeaaaaa balik kampong 9 hari...nak buat apa ha????yg pasti aku akan memantapkan ilmu memandu keta proton plak...asik naik kancil jeeeeee...ehehehehehe...jalan2 kat penang pon okeh jugak..jumpa kawan2 lama yang makin kaya tu....sebulan kerja dah bleh beli motor satu...perghhh.best lah diorang...tapi kerja macam nak gila laaaa...dengar kata tunggu perang baru nak apply cuti...muahahhaha...lantak korang ler..janji jumpa nanti bawa aku berjalan2 kat penang yg besar kelemboi tu than yg paling penting belanja makan..tehehehehhehe

oh yea..hari ni birthday adik gue..Shakinah si mata besar tapi kuyu..hahahhhaa...diabanyak persamaan dgn aku..mungkin sebab masa dia baby dulu aku dok mengasoh dia sambil baca buku teks darjah satu...hehehehe...sweet memories between me n her but she don't know bout that...kecil lagi ma...aku jer la yg dok cerita kat dia..konon2 nak dapat status kakak yg paling dia sayang dan rindui..hik2(gelak gatal)

Wednesday, January 25, 2006

BONDA KERAMAT KASIH SAYANG MU

Semalam keja banyak tapi tak letih bangat sebab kerja aku just copy andd burn jer..copy data2 dalam server..banyak siot...nak termuntah aku buat kerja2 tu...balik kerja jengok dapur cari roti makan aik makan roti je???hehhe sebenarnya malam ni saya jadi pengiring housemate saya yang mahu ketemu kawan yang diminati oleh beliau..muahaahaha.oklah jugak depa ni..dua dua org jenis baik dan berbudi bahasa..susah nak jumpa dah org2 macam ni sekarang ni... kemudian solat..semalam lepas balik jer dari jadi pengiring tak bertauliah tu terus rasa ngantok..solat..terus tido...tapi tiba-tiba jer takleh tido teringat kat mak.teringat dosa-dosa aku kat mak..rindu sangat...teramat rindu..sampai aku nangis..aku nak plok mak puas2 balik raya cina nanti ..nak mintak mak ampon dosa2 aku.mana le tau masih ada lagi dosa dan kata2 ku yang membuatkan dia terasa..dan mana le tau dosa2 tu telah mencalarkan hatinya..teringat jugak dekat bapak...bapak yang paling aku sayang...sayang sangat dengan bapak..rindu dengan sessi sembang menyembang dengan dia..orang lain pernah jeles tengok aku sembang dengan bapak..we look really close n understand each other..sembang macam kawan..mulut aku lebih ringan sembang dengan bapak tentang bab-bab boipren..dan bapak sangat ler paham tentang aku..aura bapak dengan aku sangat kuat..dia boleh tau aku dalam kesusahan..masa aku berjinak2 dalam dunia pekerjaan kat penang dulu bapak banyak berpesan..hati2 kerja,jaga diri,ramai orang jahat zaman la..kalau tak der duit cakap .....tapi aku lebih suka berdiam kalau tak der duit..sampai ler satu tahap tu poket aku memang kong gila....gaji lambat lagi..aku betol2 buntu..titik..dah tak tau nak buat apa..macam nak nangis jer...nak call family pon tak lepas..time2 tu lah tetiba jer aku dapat call dari bapak..tanya khabar dan keadaan aku...aku pon rasa ohhhh...leganya bapak call...nak nagis..tpi tahan jer masa tu.malu...sebab aku ni dah macam ratu air mata jugak le dalam family...masa study dulu kalau tension mesticall bapak pastu nangs..letak duit syiling banyak2 pastu nangis...pastu lega lah..
tapi semalam hanya mak yang datang dalam mimpi aku..BONDA, KERAMAT KASIH SAYANGMU....aku pelok mak puas2..

Thursday, January 19, 2006

BEST...best ..best..TAK best

Hari ni hari best..walaupon aku bz wat installation kat sana sini tapi hari ni best...sebab????laman2 web yang aku dok bengang kena block tu dah ok dah..boleh masuk dah..best...lega..senang skit kerja aku...hehehhe...
actually tak leh nak cakap manyak...aku tengah bekerja skrg ni.. sambil2 tu aku memblog ler..tengah burn dvd..lambat siot...sabar je lahhh...

raya cina nanti balik naik kereta..ikot2 kan hati nak naik bus jer tapi cousin aku bukan main lagi ngajak numpang kawan dia...ikut jer lahh...malas nak cakap banyak..yang penting aku akan pastikan driver tu cekap drive keta dan takder rekod accdnt..Semoga aku slamat pulang...Amin...kalau aku takdr tak best ler Majlis Pertunangan kakak aku nanti..heheehehe..bunyi macam poyo jer..actually aku rindu bangat sama mak ngan bapak..rindu....dah 2 bulan tak balik kampong..aku dengar macam2 peristiwa yang berlaku..ada yg gembira..ada yg sedih..ada yg buat aku geram sampai rasa nak terajang jer sorang makhluk tu..percayalah...kalau masa tu aku ada kat situ memang lari dagu dia aku buboh penumbok...makhluk tu memang cilaka...jaga..jangan lalu depan aku...aku serius ni...memang geram betol..takleh ler nak cerita kat sini sapa makhluk tu..tapi bagi aku aku dapat kesimpulan dari apa yg makhluk tu dah buat...SEBAIK MANA PON MANUSIA JIKA HIDOPNYA TANPA IMAN DAN KESABARAN...NESCAYA JALAN2 YANG DILALUI SANGAT LAH SUKAR DAN PENOH DEGAN KEGELAPAN DAN KEJAHILAN DAN KEJAHATAN DAN HASAD DENGKI DAN MINDANYA PENOH DENGAN FITNAH DAN HATI NYA BUSOK MACAM BANGKAI..HARINYA SENTIASA PANAS..HIDOPNYA TIADA CAHAYA...aku sedih..tapi itulah realitiya..apa yang aku baca kat akhbar dan majalah..rupa2nya terjadi kat sekeliling aku..dengan orang yang aku kenal..mmmmm...apa bleh buat..orag sekeliling ku bukanya maksum..aku juga bukan..i try harder to b better muslim..its so hard...very hard..rasa2nya setan yg ditugaskan utk menghasut aku tahun ni dah tukar kot...boss diorang hantar yang pangkat tinggi skit..banyak betol dugaan dan godaan yang aku dapat..but i still in da right way..Alhamdullilah..

Tuesday, January 17, 2006

I'M BACK


Syukur nya aku...hari naik jer bilik aku buka pc..try nasib tengok dapat memblog tak..yess..sebbbek dapat..banyak laman2 web yang dah kena block..yg porno n games tu memang patot ler...yang aku tak puas hatinya message board n club macam ni pon depa nak block..kesannya sangatlah mendalam terhadap kehidupan seharian aku..hehehehe...talian silaturrahim sesama insan tak dapat di kembangkan...tetiba jer aku tak der geng nak sembang dan kembangkan idea..at least bila aku memblog ni..dan membaca blog2 org dapat juga ler aku kembangkan pemahaman dan pemikiran aku ni...so last week aku ngadu ler kat org atas aku...bunyinya lebih kurang macam ni ler...'susah ler nak wat kerja...org yg memblock laman web tu tak pikir ker kepentingan laman2 ni untuk student kita??ape kes pakai internet tapi tak leh nak masuk nu takleh masuk ni... terhad..aku bengang manyak kerja jadi sangkot2....(actualluy masa tu aku kena download mozilla firefox..ie ada big2 problem kat tempat aku...ramai ngadu..malasler aku nak sensasikan kat sini ..so aku tak dapat nak download sebab kategori freeware n software download pon kena block jugak..memang hampeh...padahal semua tu sangat ler penting kerana bebudak kat smartschool ni blajar pakai portal2 dalam internet..so tak lama lagi nak kuar smart learning plak..aku dah nengok dah...masalahnya skrg kalau nak buka portal tu..jap2 dia mintak download nu.. ni..mesti korang kata.."ape susah belilah cd kat Low yat..mana blehhh sini smua nak kena pakai original maa...lagi satu pc kat cni lembap..zaman diorang kasi dulu memang ler canggih..tapi teknologi berkomputer ni sangat ler pesat...so kitorangdah jadi ketinggalan..nak upgrade kena gov luluskan budget kat kitaorg... bila baca balik nampak macam remeh kan???tapi aku tak leh bertindak sesuka hati..kena tunggu arahan dan permission dari pelbagai pihak gak..)lain kali kalau nak memblock kaji ler dulu dalam smua aspek..jagn main tick jer mana nak block..tu ler wat kerja tak turun padang..lagi satu tak merasa situasi kat 'padang' ni.aci taram jer...bengang tol ler aku..walaupon nampak macam remeh tapi benda2 remeh ni kadang2 membantotkan kerja2 dan kelancaran kerja dan sebagainya..tolonglahhh....

Wednesday, January 04, 2006

Syukur jantongku masih mengepam O2

ALhamdullilah...kita masih hidop,m'sia tak dapat bencana..,ekonomy masi kukuh,cuaca boleh tahan..syukur....tahun baru ....bermakna usia pon berganjak yg lahir 1 Jan mesti terasa punya..xpecially kakak ku..COKDA..muahaha...mak aku plak sambot b'day at the end of the year...tak balik kampong so tak dapat le nak bagi hadiah kat 2 insan tu...
sambong jap lagi nak g makang