Saturday, December 24, 2005

MY DAY WITH SHINING SMILE


Hari aku dah rasa something fly away kluar dari hati dan pergi jauh2..yeyeh...aku dah makin lupakan dia..tahniah..tahniah...hahaha..aku dah ok..mmm macam tu la aku...senang lupakan orang yang aku nak lupakan...baru aku sedar kelebihan aku tu..seminggu jer pastu ok r.parut hari tu pon dah takder..dah ok..totally ok..i'll survive....tak sia2 aku letak ringtone henpone lagu i will survive tapi versi baru lahh.by cake..best siot..gorengan gitar solonya powerrrr......

Friday, December 23, 2005

ISTIDRAJ

"Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?". So, jawabnya yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu
masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Ke napa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak t akut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof!
dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku,katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang la in mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Thursday, December 22, 2005

AKUKAH YANG BODOH????

HAri ni aku nangis...sungguh air mata ni kuar tanpa dipaksa...bodohkah aku menangis untuk dia..dia yang aku tinggalkan..bukan dia yang tinggal aku....aku nangis lepas baca email dari dia..walaupon airmata tu beberapa titik jek tapi rasa amat mahal...bukan dibuat2..datang dari hati aku..

Bodohkah aku, aku dah tahu ia bukan jenis good person wat per aku nak kenang lagi..tapi aku tetap gak terkenang dia...payah sungguh...rasa macam nak...nak aper ha????makan roti tuna...yerrrr...kita makan dulu...

get out of my mind,
get out of my head,
get out of me,..

Wednesday, December 21, 2005

THE REASON


I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do

But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found out the reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found out a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is You

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found out a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I've found out a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you


.........WHAT I SAY IS WHAT I FEEL........

Friday, December 16, 2005

outside is now raining..n tears are falling from eyes


Semalam aku tekad memutuskan perhubungan dengan seseorang..kali ni serius..hari tu dah try.tapi tak blehh...TAk baik siti putuskan hubungan sesama insan...aku tak kira..daripada aku memperbodohkan diri sendiri dan perasaan sendiri..luv without any comitment..yeah..sampai org tanya ada pakwe ke tak..aku jawab tak..sebab aku tak tau status aku walaupon slalu cakap luv u..miss u..n macam2 lagi..tapi ..mungkin dia tak mengalami quater life macam aku lagi..so dia tak terpikir apa yang aku pikir..lagipon aku rasa aku buang masa..aku dah tau dia ni type yg tak bleh buat laki..tapi wat per aku go on jugak..wat per aku buang masa,buang creadit,etc kat dia ni...nanti aku juga yg terjerat..aku rasa aku dah terjerat tapi tak parah..sebab air mata aku jatuh jugak semalam..daripada aku terus parah lebih baik aku angkat kaki..dah jelas aku tak der masa depan dengan dia dan aku sendiri pernah janji dalam diri dia bukan pasangan hidop aku buat apa aku nak truskan...so kita enjoy!!!!!

.............SITI DIA BUKAN YANG AWAK CARI.................

Thursday, December 15, 2005

I LOST MY SPIRIT

HAri ni aku sorang jer...macamner nak buat kerja ni???..aku dilanda ketakutan yang ntahapapa..insiden ni berlaku semalam..tengah aku syok dok melayan lagu2 dlm mp3..tup2 terplay lah video 'IDRUS' yg menggerunkan itu..aku percaya ramai yg pernah tengok video tu.kejadian ni memang benar2 berlaku kat brunei nu..budak2 sekolah kat sana main spirit tak ingat tuhan..jin tu mengamok rrr..masuk dalam badan budak..habis kecoh satu brunei..sampai Sultan pon turun sekali tengok kejadian yg menggemparkan tu....aku dapat full video..geron siot...dah le petang semalam gelap..pastu aku sorg2 jer kat atas kayangan ni...dengar jer sore dalam video tu terus sejuk kaki aku...terketar2 aku buat kerja...kerja perlu diteruskan juggak..habis jer kerja terus aku turun opis lepak kat situ..perghhhh..semenjak 2 menjak ni ketakutan aku terlebih2..padahal sebelom ni dah dekat 5 kali aku nonton video tu..tarapapa pon..relex jer..tapi start minggu lepas jer aku jadi fobia..semangat ku hilang..mana pergi nih??..kerja menimbon lagi sebenarnya.aku tak kisah buat sorang2..tapi memandangkan aku dah didominasi oleh perasaan takut tahap tak sedap badan ni..liat skit r aku nak merantau ke satu bilik ke bilik yg lain...sunyi plak tu..terlindung..kang jadi pe pe kat aku..mcm ner???kawan aku plak tak der..g interview..isk..macamner ni???aku ketakutan yg amat sangat...macamne aku nak kembalikan semangat aku ni?? 1st aku mesti delete file 'idrus' tu dalam pc aku..tapi aku nak forwardkan kat member2 aku.biar diorg sama2 takot..hehehehe...tapi macamner nak delete aku tengok file tu pon bulu roma dah meremang..tu ler gatal gi save jugak...huk2..saper nak tengok video tu?????hehehehe..meh email aku forwardkan...

Tuesday, December 13, 2005

AKU KESIANGAN


Mana handphone aku?????...raba2...cari tepi tilam...bawah tilam..bawah bantal...takde????sapa curik????warghhh.....eh....ada...kat bawah badan aku...ler sian dia kena himpit semalaman....hak2..patot ler tak dengar bunyi alarm....lewat gi kerja hari ni...sampai kerja kol 8.30am..apa nak jadi ngan Siti Aishah ni..sampi jer kat pintu nampak dah cc dok ushar baik punya kat aku..aku???melemparkan seyuman kelat2 manis tak tercapai akal kepada beliau..terus naik bilik aku..sambong kerja..burn cd..key in data dalam helpdesk..gi pomen pc...aku suka kerja aku ni tapi sakit hati tol ler..hal2 remeh jadi besar.keyboard cantik2 diorg gi korek buang abih key dia tu...kang kalau aku jumpa sapa punya angkara tu ..siap ler..aku ambik playar ,pastu aku ghengkah mulot diaorg..kasi nganga luas2 pastu dengan rakus dan zionisnya aku cabot gigi depan dia..siap lerrr..tension...kerja senang jadi susah sebab hal2 remeh mcam ni..jadi kerja aku plak dok p berkawad sana sini turun naik tangga gi balik stor amik benda alah tu..tak bersgyukor betoi r budak2 ni...nak kata jakon dah jadi warga putrajaya..

lagi satu dajals mana ntah meh mencuri lagi kat opis sek aku ni...masuk kali ni dah 3 kali opis ni kena rompak..Pak guard tempat kerja aku ni makan gaji buta ke???dengar kata malam2 takot nak meronda...hek elah..getik betol aku dengar ...macamne la bleh layak jadi pak guard ni???ngengada betoi ler...tidor arr tu....ntah2 pencuri tu siap joget2 lagi kat opis tu....
sebbek bilik aku,itc room, server room dan comp lab semua ok.kalau tak puas jugak aku nak menjawab...kunci kat aku...kang aku antara yg disyaki..hehehhe...kang ada yg kena ketok ketampi..tolong tok..saya tak amik dadah...sambil buat muka kesian macam baby umor 8 blan setengah nak susu..'ibu.....nak susu'..PANG!!!!'nah..kacau jerkkk'..isk teruknya imaginasi aku.tak leh jadi mak budak lagi nih..

alamak...2005 akan berlalu tak lama lagi..2006 akan menyusul..azam aku tahun lepas tak tercapai..actually i almost get it ..but mayb i'm not ready yet..n also becoz its not reach the specification that i underlined...my freind advised me to not too demand..it not like that ahh frenz...it complicated lah..soal hati payah nak cakap...if u give me someone like Amir Khan pon kalau takder 'kimia' between me and that 'Amir Khan' pon tak jadi jugak...just wait n see..but sometime i wonder.'aku ni memilih sangat ker???'...people say..choose someone who love you more than u love him/her.but my problems is i meet them but there is no luv for those guys..abih tu macamner????macamner tu???takder perasaan pon..insan tu jer yg ada perasaan kat aku..aku tak der pon perasaan tu ka diorg...so aku tak leh pakai jugak ar pepatah tu...simpan jer lahh.aku pon muda lagi..takyah kalot..hak22..agak2 macam tak laku macam nak jadi anak dara tua jer..baru ler aku adjust 'penapis' aku kasi jarang skit.hak33x

Saturday, December 10, 2005

DA BOMB


Esok gue akan berangkatan ke Sentol TImor..mau lepak sama pak menakan gue...ada plan bagossssss punya...nasib baik pak menakan ngan anak menakan satu kepala..satu citarasa..esok akan mencatatkan 1 lagi sejarah terulung..ya...esok akan ada sesuatu yg akan meninggalkan perasaan yg ahhhhhh gitu..(pejam mata dan cuba bayangkan anda berlari di tepi pantai yg indah...pastu ada plak burung merpati terbang ke sana ke mari...seperti meraikan keasyikan anda..yaaaa..seperti itu...),ketagihan itu tak dapat dibendung lagi..ya aku mesti..mesti....

PROJEK LEMPIAS NAFSUUUUU

LOCATION:RUMAH PAK TEH CAT
TIME :BERMULA DARI PAGI..TETAMU
KEHORMAT..AKU..SEBAB AKU
MASTER DLM PROJEK INI
INSAN YG TERLIBAT:AKU,PAK TEH,KAK
LONG,NAQUIYAH,DAN
TAK LUPA JUGA ABG KU YG
PENDIAM TAHAP BISU-SHUIB AKA
ABG IT.
GOALS:KITA BALUN CUKOP2


YEah....esok aku akan memastikan aku mempersiapkan diri dengan segala ilmu yg penoh di dada,skill yg tak pernah terlintas di pikiran...heheh...ilmu yg diperturunkan oleh ibu ku pakar buat LAKSA UTARA tak akan ku persiakan...hahahhahaha(gelak sambil cekak pinggang)..mak ku da best,da bomb,LAKSAmu memang da bomb..menghasilkan letupan yg bergema di sanubari..menggegarkan perot2 kami anaks mu,adiksmu,dan anaks menakan mu ibu....juga jirans tetanggA...hehehehe esok nak makan LAKSA..yeah...yg pastinya pak teh tukang sponsor bahan2,tempat masak,tempat tidor,dan shegala2nya....aku gi masak dan makan sampai tak bleh bangun...aku n kaum kerabatku memang hantu laksa..tak tau la sebab pa...kalau buat biodata nak Bagi kat kwn2 mesti tulis fav food:LAKSA..SLURRRRPPPPPPP....LAKSA.....

Thursday, December 08, 2005

KEJADIAN YANG MEMUCATKAN


Actually aku tak leh kupas dengan lebih detail..tapi takpe kita masuk sipi2 dah ler..semalam dan hari ni tempat kerja aku di landa musibah..mungkin kerana orang nampak auranya yang mewah...tersendiri dan senang untuk didekati...di manakah pak guard????..ader....diorang takot nak ronda malam2...that y ada makhluk tu mampu berpoya2 membuat kerja jahat sambil isap rokok curi + minum air miranda lagik...hampeh toll...yg pasti nya hasil penat lelah diorang tak berbaloi lahh....tempat kerja aku mesti lah ambik langkah b'jaga2 ...duit simpan kat bank la be!!!...jangan simpan dalam drower hatta pakai mangga besar bom sekalipon...yang aku sian + simpati duit yg hilang tu org opis ku nak guna utk beli pizza...warggghhhhh frust tol ler aku..nape aku frust?????kerana jika mereka tak dapat makan pizza maka aku pon tak merasa lah piza tu.....bukan senang wey nak makan pizza free...lebih sedap dari yg dibeli sendiri..cuba korang rasa..lain tau...len ler kalau ko beli lain2 resepi..

Wednesday, December 07, 2005

ARRRRGGGGGGGGGGHHHHHHHHHH TIDAKKKKK!!


Aduh lemah semangat aku..macam ne aku nak berhibur lagi ni.beberapa laman web wajib dalam rutin harian ku di block!!.aaaa..macamne aku nak layan video STICKWITU by Pussycat Dolls lagi..semua web page berunsur hiburan semata2 kena block..sape punya kerja ni?????macamne aku terlepas tau mengenai hal2 penting ni???aku org penting kat cni diketepikan...ke boss aku nak buat surprise kat aku...BOSSSSS....walaupon saya dok nengok video clips tapi kerja tetap jalan arrrr...saya kuar rehat lambat tau..org kuar kol 1 saya kuar kol 3 tahu tak???demi keselesaan anak penduduk2 putrajaya jugaks...hiiieeeeeeeee....gerammmmm...macame aku nak mengeratkan lagi siraturrahim antara diriku ini dengan kengkawan ku yg jauh di mata jauh jugak di hati?????????...ym pon diblock jugak..mula2 aku gelakkan ajer kat beberapa makhluk yg takleh meng'YM' ni...tup2 aku pong terlibat sama di dalam fenomena ini.....hukkkk....ni yg tak best ni..game pon kena block jugak...nape???? y???..

Hilang mood aku nak memblog....goblok teneng tol ler sapa yg dok menyekat web2 page tu ...

Tuesday, December 06, 2005

AKHIRNYAA.............


Akhirnya aku dapat juga memblog setelah 3 kali cobaan ku gagal..kerna...kerna aku bz last week..this week pon sama ..nak kena repair another 400++ pc's....???tol kerr???tol lah..itu pon setelah di congak dan diabaikan mana2 pc yg aku rasa ok lagi ..so aku tak yah ler p tengok....

Actually aku nak abadikan kenangan ku di Kampong Tanjung Dahan (tak silap ku)di Melaka..Best woooooooo...lawa siot!!!!Sampai rasa macam tak nak balik..dah lama dah aku berangan nak pi Melaka menikmati pemandangan laut yg best + lawa + asyik +rasa macam tak nak balik etc...tapi yg paling best dapat makan nasi atas pangkin tepi pantai berlaukkan sambal Melaka..mak aih....merahnye...boleh makan ke ni???sure cirit lepas ni..rupa2nya zahirnya je yg nampak geron..dah makan ok jer..tak le pedas mana pon..tapi sedap..sampai aku termimpi2 lah sambal melaka tu...ke sebab diorg hidang kat aku 3 jenis sambal????? ..yer sambal jer..sayur takder..wah..makan jer lahhh.aku plak style tak kisah ..dah org bagi makan.makan jer la..cakap banyak pon tak guna janji perut ku penoh....lepas makan lepak plak tepi pantai..nengok sunset.lawa..(gambar kat atas tu bukti kelawaan pantai tu..tangkap pakai henset murahan aku jer..nampak tak cun skit)..So thanks le kepada mereka yg telah membawa aku ke sana..Bud,Ikram,Faizal n Aida..