Saturday, December 24, 2005

MY DAY WITH SHINING SMILE


Hari aku dah rasa something fly away kluar dari hati dan pergi jauh2..yeyeh...aku dah makin lupakan dia..tahniah..tahniah...hahaha..aku dah ok..mmm macam tu la aku...senang lupakan orang yang aku nak lupakan...baru aku sedar kelebihan aku tu..seminggu jer pastu ok r.parut hari tu pon dah takder..dah ok..totally ok..i'll survive....tak sia2 aku letak ringtone henpone lagu i will survive tapi versi baru lahh.by cake..best siot..gorengan gitar solonya powerrrr......

Friday, December 23, 2005

ISTIDRAJ

"Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?". So, jawabnya yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu
masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Ke napa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak t akut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof!
dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku,katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang la in mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Thursday, December 22, 2005

AKUKAH YANG BODOH????

HAri ni aku nangis...sungguh air mata ni kuar tanpa dipaksa...bodohkah aku menangis untuk dia..dia yang aku tinggalkan..bukan dia yang tinggal aku....aku nangis lepas baca email dari dia..walaupon airmata tu beberapa titik jek tapi rasa amat mahal...bukan dibuat2..datang dari hati aku..

Bodohkah aku, aku dah tahu ia bukan jenis good person wat per aku nak kenang lagi..tapi aku tetap gak terkenang dia...payah sungguh...rasa macam nak...nak aper ha????makan roti tuna...yerrrr...kita makan dulu...

get out of my mind,
get out of my head,
get out of me,..

Wednesday, December 21, 2005

THE REASON


I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do

But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found out the reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found out a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is You

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found out a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I've found out a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you


.........WHAT I SAY IS WHAT I FEEL........

Friday, December 16, 2005

outside is now raining..n tears are falling from eyes


Semalam aku tekad memutuskan perhubungan dengan seseorang..kali ni serius..hari tu dah try.tapi tak blehh...TAk baik siti putuskan hubungan sesama insan...aku tak kira..daripada aku memperbodohkan diri sendiri dan perasaan sendiri..luv without any comitment..yeah..sampai org tanya ada pakwe ke tak..aku jawab tak..sebab aku tak tau status aku walaupon slalu cakap luv u..miss u..n macam2 lagi..tapi ..mungkin dia tak mengalami quater life macam aku lagi..so dia tak terpikir apa yang aku pikir..lagipon aku rasa aku buang masa..aku dah tau dia ni type yg tak bleh buat laki..tapi wat per aku go on jugak..wat per aku buang masa,buang creadit,etc kat dia ni...nanti aku juga yg terjerat..aku rasa aku dah terjerat tapi tak parah..sebab air mata aku jatuh jugak semalam..daripada aku terus parah lebih baik aku angkat kaki..dah jelas aku tak der masa depan dengan dia dan aku sendiri pernah janji dalam diri dia bukan pasangan hidop aku buat apa aku nak truskan...so kita enjoy!!!!!

.............SITI DIA BUKAN YANG AWAK CARI.................

Thursday, December 15, 2005

I LOST MY SPIRIT

HAri ni aku sorang jer...macamner nak buat kerja ni???..aku dilanda ketakutan yang ntahapapa..insiden ni berlaku semalam..tengah aku syok dok melayan lagu2 dlm mp3..tup2 terplay lah video 'IDRUS' yg menggerunkan itu..aku percaya ramai yg pernah tengok video tu.kejadian ni memang benar2 berlaku kat brunei nu..budak2 sekolah kat sana main spirit tak ingat tuhan..jin tu mengamok rrr..masuk dalam badan budak..habis kecoh satu brunei..sampai Sultan pon turun sekali tengok kejadian yg menggemparkan tu....aku dapat full video..geron siot...dah le petang semalam gelap..pastu aku sorg2 jer kat atas kayangan ni...dengar jer sore dalam video tu terus sejuk kaki aku...terketar2 aku buat kerja...kerja perlu diteruskan juggak..habis jer kerja terus aku turun opis lepak kat situ..perghhhh..semenjak 2 menjak ni ketakutan aku terlebih2..padahal sebelom ni dah dekat 5 kali aku nonton video tu..tarapapa pon..relex jer..tapi start minggu lepas jer aku jadi fobia..semangat ku hilang..mana pergi nih??..kerja menimbon lagi sebenarnya.aku tak kisah buat sorang2..tapi memandangkan aku dah didominasi oleh perasaan takut tahap tak sedap badan ni..liat skit r aku nak merantau ke satu bilik ke bilik yg lain...sunyi plak tu..terlindung..kang jadi pe pe kat aku..mcm ner???kawan aku plak tak der..g interview..isk..macamner ni???aku ketakutan yg amat sangat...macamne aku nak kembalikan semangat aku ni?? 1st aku mesti delete file 'idrus' tu dalam pc aku..tapi aku nak forwardkan kat member2 aku.biar diorg sama2 takot..hehehehe...tapi macamner nak delete aku tengok file tu pon bulu roma dah meremang..tu ler gatal gi save jugak...huk2..saper nak tengok video tu?????hehehehe..meh email aku forwardkan...

Tuesday, December 13, 2005

AKU KESIANGAN


Mana handphone aku?????...raba2...cari tepi tilam...bawah tilam..bawah bantal...takde????sapa curik????warghhh.....eh....ada...kat bawah badan aku...ler sian dia kena himpit semalaman....hak2..patot ler tak dengar bunyi alarm....lewat gi kerja hari ni...sampai kerja kol 8.30am..apa nak jadi ngan Siti Aishah ni..sampi jer kat pintu nampak dah cc dok ushar baik punya kat aku..aku???melemparkan seyuman kelat2 manis tak tercapai akal kepada beliau..terus naik bilik aku..sambong kerja..burn cd..key in data dalam helpdesk..gi pomen pc...aku suka kerja aku ni tapi sakit hati tol ler..hal2 remeh jadi besar.keyboard cantik2 diorg gi korek buang abih key dia tu...kang kalau aku jumpa sapa punya angkara tu ..siap ler..aku ambik playar ,pastu aku ghengkah mulot diaorg..kasi nganga luas2 pastu dengan rakus dan zionisnya aku cabot gigi depan dia..siap lerrr..tension...kerja senang jadi susah sebab hal2 remeh mcam ni..jadi kerja aku plak dok p berkawad sana sini turun naik tangga gi balik stor amik benda alah tu..tak bersgyukor betoi r budak2 ni...nak kata jakon dah jadi warga putrajaya..

lagi satu dajals mana ntah meh mencuri lagi kat opis sek aku ni...masuk kali ni dah 3 kali opis ni kena rompak..Pak guard tempat kerja aku ni makan gaji buta ke???dengar kata malam2 takot nak meronda...hek elah..getik betol aku dengar ...macamne la bleh layak jadi pak guard ni???ngengada betoi ler...tidor arr tu....ntah2 pencuri tu siap joget2 lagi kat opis tu....
sebbek bilik aku,itc room, server room dan comp lab semua ok.kalau tak puas jugak aku nak menjawab...kunci kat aku...kang aku antara yg disyaki..hehehhe...kang ada yg kena ketok ketampi..tolong tok..saya tak amik dadah...sambil buat muka kesian macam baby umor 8 blan setengah nak susu..'ibu.....nak susu'..PANG!!!!'nah..kacau jerkkk'..isk teruknya imaginasi aku.tak leh jadi mak budak lagi nih..

alamak...2005 akan berlalu tak lama lagi..2006 akan menyusul..azam aku tahun lepas tak tercapai..actually i almost get it ..but mayb i'm not ready yet..n also becoz its not reach the specification that i underlined...my freind advised me to not too demand..it not like that ahh frenz...it complicated lah..soal hati payah nak cakap...if u give me someone like Amir Khan pon kalau takder 'kimia' between me and that 'Amir Khan' pon tak jadi jugak...just wait n see..but sometime i wonder.'aku ni memilih sangat ker???'...people say..choose someone who love you more than u love him/her.but my problems is i meet them but there is no luv for those guys..abih tu macamner????macamner tu???takder perasaan pon..insan tu jer yg ada perasaan kat aku..aku tak der pon perasaan tu ka diorg...so aku tak leh pakai jugak ar pepatah tu...simpan jer lahh.aku pon muda lagi..takyah kalot..hak22..agak2 macam tak laku macam nak jadi anak dara tua jer..baru ler aku adjust 'penapis' aku kasi jarang skit.hak33x

Saturday, December 10, 2005

DA BOMB


Esok gue akan berangkatan ke Sentol TImor..mau lepak sama pak menakan gue...ada plan bagossssss punya...nasib baik pak menakan ngan anak menakan satu kepala..satu citarasa..esok akan mencatatkan 1 lagi sejarah terulung..ya...esok akan ada sesuatu yg akan meninggalkan perasaan yg ahhhhhh gitu..(pejam mata dan cuba bayangkan anda berlari di tepi pantai yg indah...pastu ada plak burung merpati terbang ke sana ke mari...seperti meraikan keasyikan anda..yaaaa..seperti itu...),ketagihan itu tak dapat dibendung lagi..ya aku mesti..mesti....

PROJEK LEMPIAS NAFSUUUUU

LOCATION:RUMAH PAK TEH CAT
TIME :BERMULA DARI PAGI..TETAMU
KEHORMAT..AKU..SEBAB AKU
MASTER DLM PROJEK INI
INSAN YG TERLIBAT:AKU,PAK TEH,KAK
LONG,NAQUIYAH,DAN
TAK LUPA JUGA ABG KU YG
PENDIAM TAHAP BISU-SHUIB AKA
ABG IT.
GOALS:KITA BALUN CUKOP2


YEah....esok aku akan memastikan aku mempersiapkan diri dengan segala ilmu yg penoh di dada,skill yg tak pernah terlintas di pikiran...heheh...ilmu yg diperturunkan oleh ibu ku pakar buat LAKSA UTARA tak akan ku persiakan...hahahhahaha(gelak sambil cekak pinggang)..mak ku da best,da bomb,LAKSAmu memang da bomb..menghasilkan letupan yg bergema di sanubari..menggegarkan perot2 kami anaks mu,adiksmu,dan anaks menakan mu ibu....juga jirans tetanggA...hehehehe esok nak makan LAKSA..yeah...yg pastinya pak teh tukang sponsor bahan2,tempat masak,tempat tidor,dan shegala2nya....aku gi masak dan makan sampai tak bleh bangun...aku n kaum kerabatku memang hantu laksa..tak tau la sebab pa...kalau buat biodata nak Bagi kat kwn2 mesti tulis fav food:LAKSA..SLURRRRPPPPPPP....LAKSA.....

Thursday, December 08, 2005

KEJADIAN YANG MEMUCATKAN


Actually aku tak leh kupas dengan lebih detail..tapi takpe kita masuk sipi2 dah ler..semalam dan hari ni tempat kerja aku di landa musibah..mungkin kerana orang nampak auranya yang mewah...tersendiri dan senang untuk didekati...di manakah pak guard????..ader....diorang takot nak ronda malam2...that y ada makhluk tu mampu berpoya2 membuat kerja jahat sambil isap rokok curi + minum air miranda lagik...hampeh toll...yg pasti nya hasil penat lelah diorang tak berbaloi lahh....tempat kerja aku mesti lah ambik langkah b'jaga2 ...duit simpan kat bank la be!!!...jangan simpan dalam drower hatta pakai mangga besar bom sekalipon...yang aku sian + simpati duit yg hilang tu org opis ku nak guna utk beli pizza...warggghhhhh frust tol ler aku..nape aku frust?????kerana jika mereka tak dapat makan pizza maka aku pon tak merasa lah piza tu.....bukan senang wey nak makan pizza free...lebih sedap dari yg dibeli sendiri..cuba korang rasa..lain tau...len ler kalau ko beli lain2 resepi..

Wednesday, December 07, 2005

ARRRRGGGGGGGGGGHHHHHHHHHH TIDAKKKKK!!


Aduh lemah semangat aku..macam ne aku nak berhibur lagi ni.beberapa laman web wajib dalam rutin harian ku di block!!.aaaa..macamne aku nak layan video STICKWITU by Pussycat Dolls lagi..semua web page berunsur hiburan semata2 kena block..sape punya kerja ni?????macamne aku terlepas tau mengenai hal2 penting ni???aku org penting kat cni diketepikan...ke boss aku nak buat surprise kat aku...BOSSSSS....walaupon saya dok nengok video clips tapi kerja tetap jalan arrrr...saya kuar rehat lambat tau..org kuar kol 1 saya kuar kol 3 tahu tak???demi keselesaan anak penduduk2 putrajaya jugaks...hiiieeeeeeeee....gerammmmm...macame aku nak mengeratkan lagi siraturrahim antara diriku ini dengan kengkawan ku yg jauh di mata jauh jugak di hati?????????...ym pon diblock jugak..mula2 aku gelakkan ajer kat beberapa makhluk yg takleh meng'YM' ni...tup2 aku pong terlibat sama di dalam fenomena ini.....hukkkk....ni yg tak best ni..game pon kena block jugak...nape???? y???..

Hilang mood aku nak memblog....goblok teneng tol ler sapa yg dok menyekat web2 page tu ...

Tuesday, December 06, 2005

AKHIRNYAA.............


Akhirnya aku dapat juga memblog setelah 3 kali cobaan ku gagal..kerna...kerna aku bz last week..this week pon sama ..nak kena repair another 400++ pc's....???tol kerr???tol lah..itu pon setelah di congak dan diabaikan mana2 pc yg aku rasa ok lagi ..so aku tak yah ler p tengok....

Actually aku nak abadikan kenangan ku di Kampong Tanjung Dahan (tak silap ku)di Melaka..Best woooooooo...lawa siot!!!!Sampai rasa macam tak nak balik..dah lama dah aku berangan nak pi Melaka menikmati pemandangan laut yg best + lawa + asyik +rasa macam tak nak balik etc...tapi yg paling best dapat makan nasi atas pangkin tepi pantai berlaukkan sambal Melaka..mak aih....merahnye...boleh makan ke ni???sure cirit lepas ni..rupa2nya zahirnya je yg nampak geron..dah makan ok jer..tak le pedas mana pon..tapi sedap..sampai aku termimpi2 lah sambal melaka tu...ke sebab diorg hidang kat aku 3 jenis sambal????? ..yer sambal jer..sayur takder..wah..makan jer lahhh.aku plak style tak kisah ..dah org bagi makan.makan jer la..cakap banyak pon tak guna janji perut ku penoh....lepas makan lepak plak tepi pantai..nengok sunset.lawa..(gambar kat atas tu bukti kelawaan pantai tu..tangkap pakai henset murahan aku jer..nampak tak cun skit)..So thanks le kepada mereka yg telah membawa aku ke sana..Bud,Ikram,Faizal n Aida..

Saturday, November 26, 2005

DOA


1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman
dengan Mu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya
untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang
kafir dan orang zalim”.

2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku
beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya
hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa
orang kafir dan orang zalim”.


Emmm..aku dapat doa ni melalui email..bagus ni..sangat bagus..selalulah berdoalah hatta untuk benda yang sesimple pon kerana doa tu tanda rendah diri kita terhadap-Nya dan kita percaya pada-Nya..untuk kakak2,adik2,abang2 yg ada adik/doughter/cousin/baca dan kasi lah kat diorang.we dunno in this cruel world, kambing pon kena rogol!!!!..tak berhati perut betol lah perogol2 aka penagih sex tu..betapa kejamnyer dunia.aku pernah baca isk..jap tengah layan lagu boys 2 men..tak kusyuk la plak aku nak nulis blog ni.....emmm..ok...sambong...aku pernah terbaca ada baby gurl baru usia beberapa bulan kena rogol kat indon nun...aper la yg dia pikir agaknyer..hei...patotnyer org macam tu kena penggal jer kepala dia..anu dia kasi potong!!!! macam aku tengok yg kat brazil tu.kena bunoh dengan dasatner dalam penjara..yerlah dak kecik lagi dia balun, aci suka jerk..aku tak nak ingat lah kisah2 rogol ni..yg pastinya aku amat takot..mintak simpang dari malapetaka ni..so macam na nak elak???..aku akan make sure aku akan baca ayat Al-Kursi..pendinding tu...memang hari2 aku amalkan ayat tu..itulah pendamping aku..itu jer yg membuatkan aku yakin dan selamat..dari dulu kini dan selamanya..kat Putrajaya ni aku rasa selamat ler skit dari segi keselamatan walaupon blok antarabangsa aku tu terdiri drpd banyak bangsa asing yg alahai...tapi alhamdullillah..aku ok..tak macam kat penang dulu..time aku cari makan+xprience sebagai minah kilang..macam2 yg merisaukan aku..pagi2 kol 5.30 pagi aku dah terpacak kat tepi jalan depan Sunshine Bayan Baru tunggu van kilang jempot aku..yg tu no problemmmm tapi perjalannan aku ke bus stop tu amat ler mencabar..dah ler asyik kena sergah dgan anjing2 sepanjang jalan--(sebbek aku ni jenis yg kool..haaa.nyalak lagi..lagi..lagi..biar sakit tekak..HAMMMBOOOIIHHH!!!)
..anjng tu senang skit nak settle...maklmlah di rantai oleh tuanya yg prihatin...tapi yg menggerunkan aku yelah india mabok todi...beliau slalu ader kat padang yg menjadi laluan berwajib aku..masa tu..yg aku tau baca doa jer lah...mata aku plak asyik tak lepas jer tengok pergerakan dia..mana ler tau kot dia nampak aku macam dia nampak BINI dia..tak ke haru..hmm...walaupon Penang tu penoh dengan dugaan tapi di sana aku rasa aku lebih baik + insaf....hehehehe.Maksod aku lagi dekat ngan Tuhan lah...Walaupon bz kerja dlm kilang Korea tu sembahyang aku lebih tersusun dan sentiasa d awal waktu..masa tu aku betol2 terasa yg aku ni sebenarnya hanya ada diri aku dan Dia...aku nak ngadu aper pon aku cakap jer kat Dia..nangis pon kat Dia..walaupon kawan2,sedara mara, mak bapak dekat..betol...masa tu aku terasa sangat sebenarnya diri kita milik Dia...hanya Dia..memanglah kita ni milik Dia..tapi korang akan terasa bila korang dapat point macam aku tu..isk susah ler nak cakap..paham2 sendiri lahh...aku bersyukur dapat rasa perasaan macam tu.

Emmmmm..best pulak lagu 4 season of loneliness ni..emm..sebetolnya aku ni bukan nya bagos sangat..tol..tak ler alim..pakaian pon kena banyak ubah..kasi besar dan longgar skit..yerlah..mak aku dah tegor...actually aku dah baca banyak blog2 org lain..banyak jugak yg cakap pasal agama walaupon secara tak directly...justlike..macam ni tak baik..macam tu tak baik..tapi adakah dalam pada masa yg sama si blogger tu berusaha mengubah atau mengadaptasi apa yg ditulis dlm blog tu ke atas diri beliau atau pon sekadar nulis jerkk..atau beliau nak tunjuk baik?????..suka hati lah..mungkin tak 'menjadi' untuk diri beliau tapi memberi kesan yg baik punya kat si pembaca tu..(eh macam pesan kat diri sendiri jerk..keh3)

hehhehe...tetiba jer ada org call ajak makan sate..hehhhehee...layannnnnnnn

Friday, November 25, 2005

FENOMENA


Hari yang indah dan cerah ini sama jer dengan semalam...doa subuh aku tak makbol ke??Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini--->hari2 dok baca pon sama jer...ker aku tak bersyukur????ker suboh aku jatuh dalam kategori suboh gajah bukannye suboh syafie???-actually i still wonder y they call it suboh ssyfiee

Aku baru sudah makan kat foodcourt sebelah tempat kerja aku ni..aiii..ramainya umat manusia kat sini tak pernah surut..memang maju lah poket2 bos2 kat gerai2 tu..aku memang yakin poket diorang tebal all the time..pe taknye jap2 naik harga..air milo yg aku n da geng dok hirooop tu asyik berubah jer harga nyer..jmula2 rm1.20 minum bukan tapau yer....kmdn rm 1.40..pastu rm 1.60..pastu rm 1.40 plak..aku kebingungan tahap malas nak cakap aper ..kang aku cakap banyak macam tak redha plak dengan amount yg telah jatuh ke tangan diorg tu..pastu jadi masalah berkat tak berkat plak.alahhh bayar jer lahhhh..tapi kan (eh tak puas hati lagi ker????)yg aku dok musykil ni nasi lemak biasa yg harga asalnya rm1.00 melonjak pada kadar yg tak patot langsong ke rm3.00..ehm..yerlah..aku tambah sambal udang...tapi takkan ler sampai +rm2.00???ape kejadahnya????...dah ler udang tu besar lidah ayam.!!!(pandai2 ler korang cari ayam pastu tengok tol2 lidahnyer besaq mana..kalau tak jumpa jugak gi ler zoo..maklomlah org bandar mana ler ada bela ayam...hehheh..di samping itu dapat jugak menghabiskan quality time korang bersama anak family/awek/pakwe..kalau tak der gak gi ler pasar..cari ayam yg berkepala pastu buka ler mulot ayam tu...ushar betol2)
bukan tu jer kawan aku pon mengalami nasib yang sama ni lagi sedih..nasi lemak+telor mata keebau(ha ni lagi satu..aku kompius betolll la.aku dah usyar mata kerbau.tak der pon persamaan dengan telor mata kerbau..??).ehhmm nak tau per harganya????
ehm...music suspen plezzzzz..rm3.00 jugak..mak aih..telor mata kebooo rm2.00 yer....kesian kawan aku tu..kawan aku yg sorg lagi tu asyik terkejot jer bila time nak bayar..dah macam terkena renjatan lektrik pada kadar 1.5V arus ulang alik.keh3...yerlahh harga tak teragak2 langsong...

Mmm..aku sebenarnya ambil pusing tentang cakap2 org tentang org yg mempertikaikan kreadibiliti/kerajinan/dll tentang org2 kerajaan..maklomlah saya ni sebahagian daripada mereka..huhuuhuhuhuhu..tapi ada jugak le benarnya..tapi tak semua yerk.tak ramai tapi ramai r jugak..bukan aper menyingkap kembali kpd keadaan food court sebelah tmpat kerja aku ni(aiii tak habis lai cerita food court?)...yg jauhnya alahai..kalau kentot pon dengar ahh...tapi kentot tu mestilah di bawah kategori KENTOT PUAKA..

CIRI2 KENTOT PUAKA

1)bunyinya menggegarkan sehingga anda terpinga2..m'sia di
landa gempa bumi???

2)baunyer????tak terungkap dengan kata2..kalau terlepas
dlm kereta sure serta merta tertekan brek..tindakan
serta merta..bahaya!!!bleh mengundang kejadian yg
tak diingini..kawan2 bleh benci..pastu bleh terjadi
kejadian kutuk mengutuk sesama rakan2-jaga2 mungkin ada
hati yg terguris...

3)kalau terlepas kentot puaka ni kat foodcourt sure
permis di tutup serta merta..akan dibuka selepas
beberapa ketika..mungkin customer surut
utk seketika...makanan terasa lain macam..dan yg
pastinya 'bencana ini akan menjadi buah mulot
mangsa2nya utk 7 generasi yg akan datang..kiranya mcm
lagendalahhh.

4)kesiannnn korang....terpaksa baca fakta karut aku ni!!!!
kwang33x

Sambung semula cerita di atas..aku nak g lunch aku pon g lah..aik?????magic telah berlaku...dah penoh????hoi patotnya aku antara yg terawal tau kat cni..naper plak aku antara yg terlewat ni..pastu aku membuat kesimpulan...depa ni ngelat..kuar rehat awal...hampeh...betollah... Bukan bleh percaya sangat orang kerajaan ni..keh3...

Thursday, November 24, 2005

AMALKANLAH SURAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi
keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenanganapa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan
hatI al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah
menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10kali.


12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca
surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama
Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan
ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin
sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika
dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit
ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua
rakaat pada malam Jumaat,dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan
rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada
hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan
diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang
meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wednesday, November 23, 2005

AKU FOBIA


Pagi yang indah tadi tiba2 je msg masuk..."askum...kabare???aku nak bagitau aku nak bertunang sabtu ni,26 nov"..wah...masuk kali ni dah 4 berita pertunangan kawan2 seangkatan dgnku..tahun depan pakat kawin la plak...perghhh.aku tumpang hepi...n at the same time aku naik fobia.. mcm best jerk.. aku jerk yg tak tau hujong pangkal ni...status di awang awangan...tahniah..buat kawan2ku...YATIE,SUZIE,& AN
aku???banyak hal lagi nak buat..nak further study yg tepaksa di tolak ansur kan dgn keaddaan semasa n family financial.nak settle skit2 loan biar ringan skit beban ni,nak beli kereta,nak cari steady bf hehehehehe....-selama ni takder yg steady ke???...yer takder!..hehehe..tetapi financial aku kurang memuaskan..dah dekat setengah tahun kerja tapi takder saving lagi..tapi logik ler jugak macamner nak ada saving..macam2 nak settle..tak per pelan2 kayoh..mulai gaji bulan ni aku akan memastikan aku shopping dgn kawalan nafsu yg lebih ketat...ker aku kena upah izra jadi pa aku.time nak shoping jer dia kena jadi penasihat aku..kekekeke..mamu mau tak???.. ...i bayar u spesel punya..tak ker u rasa bangge dapat jadi pa i.....hihihih....azu...dulu hang lah pa ku..isk..fobianya...

lagi 1 yg aku fobiakan ialah ketulenan seorg lelaki..skrg ni kalau aku tengok jer lelaki yg takder misai+muka jambu jer mesti dlm kepala aku pikir diorg ni gay...tak pon 2 alam..siang lelaki tulen malam jadi pompuan...ei...bulu betis bersimpol2,buah halkom terbonjol kuar...geleman aku...tapi naper ler yg profesional dan berpeljaran yg jadi macam tu???..naper eh???sebab silibus pendidikan islam dlm hati tak cukop lah..itu pon tak leh pikir ker???ni yg aku fobia ni..kang mana tau aku jatuh hati kat org2 macam tu ker???tak ker naya...dapat laki tak ori...kekeke...

em...baru2 ni aku mimpi abg ku ninggal.. terasa sangat kehilangannya...tapi menurut buku tafsir mimpi dan penafsir2 mimpi yg aku jumpa-aku pasti diorg pon baca buku tafsir mimpi gak-kalau mimpi org ninggal tu maksudnya org tu sebenarnya menikmati hidangan yg best+sedap+lazat hari tu..oooo....macam tu ke??..sebbek...tapi aku jadi fobia jugak takut kehilangan big bro tuk kali ke 2..perit bangat...susah nak isi semula tempat yg kosong tu yg semestinya tak der sape yg dapat isi..

Monday, November 21, 2005

KEBORINGAN TAHAP PUAKA


DUH...aku boring ke atau aku ni malas???..ntah ..semenjak 2 menjak ni hidop terasa membosankan..rasa makin tak berpekdah hidop ku yg dulunya best tapi sekarang dah rasa macam tak best..aku dah tak rasa fun dgn apa y aku buat..adakah ni petanda aku nak pergi jauh?????alahai....amalan tak banyak lagi...baru2 ni aku decide tuk menjauhkan diri dari somebody yg ada dlm diriku???y????tetiba jerk aku rasa Takder pekdah utk aku teruskan..aku kejam???zionis??serb???tak..aku cemuih tahap puaka

atau mungkinkah aku perlu mengubah cara hidopku..tapi aku ni jenis kena ada sumber inspirasi lah..baru ler bleh berubah...aku takder sumber utk menjadi pendorong dan kekuatan ku utk bertaut....emmmm..HOI CT AISHAH!!!!HABIS AGAMA KAU BUKAN KEKUATAN KAU KER?????...Eemm..YER CT AISHAH TAU..TAPI CT AISHAH TAK KUAT..CT AISHAH BOSAN TOLONGGGGGGG...MACAMNE CT AISHAH NAK LARI DARI KEBOSANAN dan KEKOSONGAN YG TERLAMPAU NI?????

atau mungkin aku mengalami integrasi usia yg semakin meningkat-tapi tak ler kertu bangat- dan beralih ke dunia yg lebih mencabar...isk....sob3x..kenapa ni yg terjadi???apa dah jadi pada aku???emm.

Wednesday, November 16, 2005

KECANTIKAN



Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan! tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah ‘buatan’ yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih t! erliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan b erdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan s! ejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati,EIII BUTA APA?

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Friday, November 11, 2005

Aku pulang...

..hari ni hari pertama aku kerja selepas bercuti sakan..raya aku tak sakan sangat..penat2 jer aku beli baju raya mahal ngan tudong raya bling2..tup2 kasut tak sempat beli..alih2 aku blasah kasut raya mak aku.nasib baik bleh tahan...raya tahun ni kurang meriah untuk aku tapi rumah aku tatappp meriah dengan kedatangan bebudak yg tak tau dari mana asal usul dan dari mana diorg datang..isk2..anak sapa ntah..aku yg dari pagi2 lagi dapat contract gosok baju family sampai rasa nak tercabut bahu ni tetap ler melayan dgn senyuman..ye...aku coba senyum semanis mungkin..mana tau salah sorg bebudak tu utusan daripada abg@pak sedara@cousin diorg yg nak mengusya aku..ekekkekeke...tapi sampai 1 tahap aku tension...lepas 1 group datang lagi 1 group....penat woi nak bancoh air...sebbek adik ku yg lembot2 tak berapa jadi tu mau tolong aku...dia jugak ler yg menceriakan aku..sampai satu tahap kitaorg suruh bebudak tu beraturr panjang dalam rumah aku..pastu aku pon bergaya seakan2 artis glamer.buat2 bagi angpau yg dlm nyer aku isi 20 sen..hahahahaha..1 2 3..senyum..klik..klik..adik aku merangkap jurufoto tak bertauliah-tangkap gambar aku yg senyum sampai ke telinga sambil kasi angpau kat bebudak tu...harap2 gambar aku tak sengaet lagi.atau dapat setengah badan....bebudak tu plak turut sama memberi pose2 menarik...aku rasa depa terpengaroh dgn vcd2 raya yg dirg tgk...macam nak lawan tokey plak..kekekekekek...emmmm layankan aje..kata adikku...banyak jugak r filem abg aku kitaorg guna..padan muka ...sape suroh tinggal aku..g raya sakan rumah sedara mara tinggal aku kat umah jadi balaci dok mancohh ayaq..eiiiiiiii....geram woooooooo...tapi geram2 aku jap jer.....ptg tu ok plak..aku berjalan k rumah kwn2ku yg dah lama tak nampak batang hidong...kabhar berita hanya memalui short2 call yg diorg buat..oklah tuuuuu...walaupon short call itu bermakna diorg masih bernapas...
adehh....boring lahh.tak der sapa kat opis...smua beraya lagi....mentang2 lah ada 2 keluarga....ceh..aku gak kat atas ni melayan email.dan blog yg bila ntah nak diupgrade cantek2...

sebenarnya aku pening memikir kan poket yg rabak..bil phone tak bayaq lagi...adoi....aku tak bleh nak saving lagi..mak aku dah pesan gaji bulan depan simpan lebih skit...mcmna nak lebih mak...banyak lagi agenda yg belom dilaksanakan..pastu pesan suroh aku jadi ladies skit..hari2 pakai baju kurung kira ladies la mak......make-up skit,beli barang2 kemas pakai..ni kosong ja..pesan beliau...emmmm..alah..kerja aku bukanyer 24jam punggong atas kerusi...kena jelajah sana sini...peloh2 pastu cair plak make up tu..penat make up jer..tak payah ler..tak sampai seru dan minat lagi nak dress up lebih2...touch up ngan bedak ngan lipstik skit2 dah r...aku nak kerja bukan nak ngorat jantan..kekekkee..tunggu r..kang kalau make up lebih penoh plak hp aku dgn number2 baru...hehhehheh...alahai bonda..KERAMAT KASIH SAYANGMU...wait r mak..anakda akan ikut pesan mak...dun hepi b worry....;)

Saturday, October 29, 2005


TAK SABAR

Hari ni tabahnya aku tak tidor lepas sahur...memBasuh kain bju yang terkompol di sudut kamarku...ADIK KU TIDOR JEK..OI OI... bagun ler wei..sembahyang..bukan main lagik dia tidoq.nyenyak plak tu..kekadang aku terpk panjang macamne la kalau aku mati masa tengah tido???harap2 seblom tido tu aku wat solat i'syak,baca doa tidur dan mengucap siap2..amin...isk tapi kalau ninggal time sedang solat ke...tengah baca doa lepas solat ke..depan fmly ke..yg penting mak n bapak ku ada kat cc ok gak..sempat mintak ampon..isk ape aku merepek ni..tapi ni bukan merepek lah..ni doa ku.mintak di'ambil'dengan cara yg paling halus..jgn direntap roh ku itu..kesakitan ketika nyawa d ambil umpama 1000 mata pedang yg menghiris???tol k?betolkan lah ye kalau tak betoi..tapi banyak perkara lagi dalam list yg belom aku laksanakan lagi..dan akan dilaksanakan sooner..soal ganjaran akhiratku..mm..ku pohon agar segalanya dipermudahkan...dan sempat melaksanakannya..tapi aku jarang minta panjang umor..umor yg berkat lebih baik bagiku..walaupon hidop seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya???---.petikan dr lirik nasyid yg sgt glamer..kadang2 bleh digunakan utk berdakwah secara halus terutamanya utk kawan2 yg liat solat..bagi selagu..baru depa tau..hahaha..emmm...tapi ..mintak2 dapat settle hutang ptptn dan kpm..kang payah plak..susahkan mereka yg kat dunia ni plak..aku pon kat 'sana' akan susah jgak

esok aku dah nak angkat kaki dari bumi kl..pulang ke tempat lahir ku..lbk melbourne->komersilkan nama feldaku.hahahak..hari ni sampai jerk kat bus stop lengang..ai rupa2nya ramai yg sambot deepavali noh..dok kumpol cuti dr awal thun lagi habuan nak raya sakan..akal jenoh la depa ni...aku pekerja yg dedikasi ni tak banyak songeh ini mengikut prosedur yg sangat di senangi oleh para majikan..balik jer lah esok..apa kalut2...ker aku ni tak dak semangat nak beraya???baju raya pon tak de lagi..sok jugak ler jawabnya.. mintak perjalanan pergi dan pulangku selamat & smooth..

so dengan itu maka ruangan blog ni akan tidak terisi selama 9 hari lebih kurang lah..kekekeke....

Thursday, October 27, 2005


Alhamdullilah aku hidop lagi hari nie..tapi kepala ku pusing2 lah...urat leher lari..tidor aci boleh saja...em....hari ni ni banyak kerja skit..tapi okk saja...buat je mana yg boleh..masa manyak laei..hari ni gi shoping kat depan JPM..nak panggil bazar.macam tak meriah....nak kata pasar malam time2 tengahari syafie ni apa kejadahnya pasar malam...tak kot..aper2 jelah..mcam2 ader..yg aku heran tu kedai kain tu bleh plak dia jual lauk pauk sekali..kang tumpah ker..baju bau curry ker...tak ke tak best tu????hakhak...diorg aci taram jer...jimat duit nak sewa tapak mahal..semua mahal lah kat cni...pening kepala aku..patut ler rambut makin banyak gugur...memikir masalah sejagat..d samping makin bihun sup yg sup nya dituang dengan aji setengah tin mil0 yg 1kg tu...ceh!!tak teragak langsong peniaga2 ni...aku makan jer...dah sedap..takleh nak salahkan jugak citarasaku yg tidak menentu ni..aku pon kalau tak confiden main letak aji jugak...asal org makan .dengan hati yg riang...hakhak...diam2 jer lahh.tapi smua tu time tak confiden lah...sekarang tidak lagi...sedap tak sedap housemate aku cakap sedap jugak...keh333...izra i tau u baik..sebab tu i panggey u mamu..special kan..u r the only one mamu pompuan kat alam fana ni..hik3

aku mengalami sedikit kebengkakan hati terhadap sorg insan ni..ader ker patut dia cakap aku org PAS.just bcoz i ask him to jangan tinggal solat..mlas le nak cakap banyak...insan tu kalau baca blog ni sendiri paham er naper gue tak bantah cakap lu...wa dapat kesimpulan yg nyata..tak der guna nak lawan org yg pemikiranya tak open lagi....islam is islam ler...if u alim..or tegor2 kawan about buat baik it doesnt mean u PAS..ngokngek tol ler..malas ler nak hurai....kang nanti aku bengang kurang plak pahala puasa ku yg ditatang bagai diesel yg penoh ni...
whatever pon b kool...yg penting aku kena upgrade blog ni kasi lawa..kasi bedak banyak2..baru korang mau tengok...

Wednesday, October 26, 2005

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....aku yg baru blaja ni akan memulakan blogku
hehehehe...aku sdg senyum sampei telinga...hik3..sukanya...so blog aku tercipta pada hari nie...wed,26 oct 2005..kol 11.51....yeah3...bersamaan 22 ramadhan...huh..apa nak tulis ni..my head n soul...what i'm write is what/who i am..but sometime not really...somtime it was influence by my mood, invironment or any stuff which i read...

aduh..sakit pewut skit..my dr told me i got gastric!!!!!!..good news lah if i aku jenis malas pose..but the truth is aku rajin pose..ehheehe...really bad lah...bud sometime jer gastric ni menyerang aku d bln pose ni...tapi...i think it not gastric...y?bcoz last past 2 weeks aku g kl dengan menyerapankan diriku ini dgn roti dan air susu..tapi still got gastric jugak..mender tu???pastu hari aku bleh pose..aku pose lah...ok jer...tarak papapong...dr tu kasi aku kompius r...tapi semalam n hari nie aku sakit plak..ceh...tapi maintain beb..kena manyak sabaq..bulan2 mulia ni kena jaga pekerti skit..muliakan lagi ramadhan yg suci ini dgn aktvt yg best cnthnya create blog..ahahhhaaaa..sebot pasal semalam..aku g pudu amik adikku..ayat pertama beliau setelah bertemu dgn aku--->awat hang gelap kak ct????...iskk...woi aper ni ...geram tol ler aku....kang aku tinggal jugak kat pudu sorg2 baru tau...penat seh berlari dari opis ku lalu menunggu bus yg tak kunjung tiba...aku try mintak kat cc ku nak balik awal..sebbek dia kasi ..keh3...d dlm keboringanku menunggu tiba2 jer ader ler dak2 mana ntah 1st time agaknya dtg putrajaya ni....akkak..tumpang tanya ..macamne nak g almanda....aku pon menerangkanlah sambil tergeleng2 kepala aku ala2 mamu kat penang nun...hik3..nak tergelak jugak ler....nak wat camner semua tu modula oblongata yg kawal..sila betolkan kot slah eje...ahakz..yek3 bus dah sampei..aku happy jer ..my journey run smoothly...maklomlah org lain ta k habis krja laei aku dah angkat kaki dah..than tunggu erl..dlam erl tu aku sat depan sorg auntie n her son..she n indian...but surprisely..her son totally different than her..i mean ehmmmm of coz ler sebab 1.ank dia tu lelaki.but the 4 year old kid tu look like chinese...mata sepet hidung penyet..tak macam hindustan n he also can speak tamil ..of coz ler dah mak dia jaga dia dari kecill..kalau hantaq kat fmly iban tentu dia bleh cakap iban jugak!! tol tak?..than i try 2 imagine if him is darker...oh my God..he still look like chinies la..or malay...n more surprisely when she told that her son is not mix..that mean his daddy pong indian jugak...n i wonder..how come he born to b like this...cute n chiniese look..n benda2 jahat pon keep coming in my head....but all that were gone with the aunties attitude la...she looks honest n good person..and she is a teacher n she really happy story me about her husband...korang wat ler kesmpulan sendirei mcm ner boi tu leh jadi macam tu.keh3...God Almighty...

hm...i think i want to stop...