Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling
kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor
(MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis
perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber MAIJ, fatwa
tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya
Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat
mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.
Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan penjilat, sebelum ini
dalam tulisannya telah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat.
Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr.
Mahathir sebagai Firaun baik.
Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta bukti siapakah Firaun baik
di sepanjang sejarah, beliau hanya memberi contoh Laith Pharaon, seorang juara
lumba bot laju dari Arab Saudi sebagai Firaun baik.
Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada
mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam
fiqah). Menurut seorang guru agama, pengdapat dangkal Astora itu tidak pernah
dibicarakan langsung sejak zaman Imam Syafie, Imam Ghazali, hinggalah
para ulama Islam kini.
Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi tahu, "hujah
'pakai hentam' beliau itu hanyalah sekadar untuk menghalalkan perlakuan isteri
beliau berbangsa Morocco yang tidak pernah menutup aurat sebagaimana
seorang wanita Islam".
Tuliasn Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat beliau yang menyokong
ISA. Demi untuk mengampu, beliau sanggup membuat fitnah yang sangat
dahsyat apabila mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA (akta
keselamatamn dalam negeri) untuk membendung pengganas.
Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar dihapuskan sekolah beraliran
agama.
Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan, "kita harus faham bahawa
Astora ini berasal dari bangsa Patani yang hidup merempat, tertindas
dan sentiasa hidup dalam buruan di bawah kerajaaan Budha Siam. Apabila dia
beroleh sedikit kesenangan bekerja di sini, umpama anjing peliharaan, dia akan
menyalak apa saja untuk menghiburkan tuannya", ujarnya.
Seorang bekas pelajar Universiti Al Azhar Mesir pula merasa hairan bagaimana
Astora dibenarkan oleh majikannya untuk menulis berkaitan agama Islam.
"Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya bekerja sebagai koresponden
akhbar saja. Dia tidak pernaha belajar ilmu Islam secara formal. Saya tahu
sebab saya kenal dia. Dia memang banyak membaca termasuk buku-buku tulisan
orientalis barat dan musuh Islam".
Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk membuat liputan sempena
serangan ganas Amerika terhadap Afghanistan. Dia dipercayai berada di sana
untuk berusaha mengada-adakan bukti bagi mensabitkan Taliban dengan
Pergerakan Islam di Malaysia. Bagaimana pun beliau pulang lebih awal ke tanah
air kerana merasa khuatir keselamatan dirinya.
Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh dalam tulisan
diruangannya mengulas wawancara rangkaian televisyen Alzajeeera dengan
Menteri Besar Terengganu Datu seri Abdul Hadi Awang, seorang pemerhati
menyatakan, "Astora sebenarnya sudah dilarang dari menulis perkara-perkara
berkaitan hukum Islam. Jadi dia memilih untuk menjadi jaguh dengan mengkritik
beberapa tokoh agama dengan harapan tulisan beliau akan mendapat perhatian
meski pun dia tahu benar bahawa hujahnya hanya akan diketawakan orang"'
ujarnya.
Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama beliau yang diformatkan
seperti debat, seorang stringer Utusan Malaysia berkata, "email pembaca yang
disiarkan itu hanya rekaan dia sendiri. Tiada orang yang sudi melayan penulis
seumpama itu. Email yang direka dan jawaban darinya itu sebenarnya hanyalah
teknik penulisan".
Sementara itu, Astora jabat yang bertubuh agak tinggi dan berkulit hitam itu
tahun lalu telah disuakan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin di dalam satumajlis
debat di Pulau Pinang. Malangnya tidak selancar tulisannya, beliau dimalukan
sebegitu rupa depan khalayak dengan pertuturan yang tergagap-gagap, hujah yang
merapu dan keadaaannya yang kelihatan menggeletar dan keresahan. Video tentang
sesi debat itu boleh didapatkan dipasaran.
Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis ceramah Astora di K L,
Kuantan dan beberapa tempat lagi memberi tahu, "selalunya soalan yang
ditanyakan hadirin dalam sesi soal jawab tidak pernah dijawab dengan tepat
melainkan di luar persoalan, merapu dan berhujah dangkal", ujarnya.
Bersama kita Mengambil Iktibar
Wassalam
Monday, December 01, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
ehhee.....nasiaht gue laa...kalau amik PTK ni...jangan buca lgi bagus..tak sakit hati...gue amalkan resepi tersebut..dan hasilnya..dengan tiga kali amik gue dah dapat 4-4...Al-Hamdulillah...REZEKI...
Post a Comment